...pelamin...
Setiap upacara dalam adat perkahwinan yang dijalankan ada tatacara komunikasi tertentu. Seseorang yang ingin berkahwin perlu menjalani empat proses bermula daripada merisisk, meminang, bertunang dan perkawinan. Setiap satunya mempunyai adat dan cara yang berlainan.
Adat Merisik
Sudah menjadi kelaziman yang ibu bapa masyarakat adat perpatih dan adat temenggung berusaha sedaya upaya dan penuh teliti mencari seorang calon yang sesuai untuk dijadikan menantu. Usaha mencari ini dipanggil sebagai merisik. Merisik merupakan satu proses sebelum melakukan peminangan. Sebelum berkunjun ke rumah si dara, ibu bapa biasanya memilih beberapa orang saudara yang terdekat utuk menjadi wakil. Hal ini kerana, pada kebiasaannya pihak lelaki yang akn merisik pihak perempuan bersesuai dengan perbilangan adat:
Untung anak lelaki cari-carikan,
Untung anak perempuan nanti-nantikan.
Walau bagaimanapun tidak menjadi kesalahan sekiranya, wakil perempuan yang memulakan proses ini. Adat sendiri telah membayangkan kemungkinan akan berlaku perkara tersebut melalui kata-kata adat yang perempuan diiras-iraskan. Maksunya keluarga perempuan berhak menonjolkan anak gadis mereka agar dipinang orang.
Adat Meminang
Adat meminang adalah satu adat susulan setelah Adat merisik dilakukan. Kebiasaannya adat meminang dilakukan setelah ibubapa si lelaki bersetuju untuk menjadikan gadis yang dirisik bakal menantunya. Meminang adalah membawa tepak sirih yang lengkap diisi dengan alatnya seperti daun sirih yang telah dipilih dari daun yang elok, kapur, gambir, bunga cengkih dan pinang yang telah dikacip untuk dipersembahkan kepada keluarga si gadis.
Adat Bertunang
Adat pertunangan dilakukan setelah adat meminang selesai setelah kedua belah pihak iaitu pihak lelaki dan perempuan sudah setuju anak-anak mereka ditunangkan. Adat pertunangan adalah tahap ketiga dalam adat perkahwinan. Peringkat ini ada satu tahap menentukan tarikh melangsungkan perkahwinan dan juga dalam tempoh pertunangan itu hingga hari perkahwinan. Tempoh pertunangan biasanya mengikut kehendak kedua belah pihak untuk membuat persediaan hari perkahwinan Selain itu, tempoh pertunangan ini merupakan tempoh pemerhatian dan percubaan bagi si gadis. Ketika tempoh ini si gadis hendaklah menjaga diri seperti tidak boleh keluar rumah sesuka hati. Si gadis juga perlu belajar memasak, menjahit dan mempersiapkan diri untuk menjadi isteri sepanjang tempoh pertunangan.
Pengucapan bahasa bagi mereka dalam tempoh pertunangan yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menasihati si gadis dan si lelaki adalah seperti “kamu sekarang darah manis jangan buat tak tentu hala”.
Perkahwinan
Adat Perkahwinan adalah upacara kemuncak bagi kedua-dua pasangan pengantin yang disatukan, iaitu mereka disahkan menjadi suami-isteri mengikut hukum syarak dan saluran adat. Dalam Adat Perkahwinan seseorang lelaki akan melalui empat tahap proses adat iaitu tahap pertama bernikah, tahap kedua membatalkan air sembahyang, tahap ketika adat persandingan dan tahap keempat adat menziarah. Keempat-empat tahap dalam proses Adat Perkahwinan ini dijalankan mengikut tertib adat dan mempunyai tatacara komunikasi tertentu iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.
Komunikasi lisan adalah cara interaksi menggunakan pengucapan bahasa kiasan, pepatah-petitih, gurindam, seloka, pantun, syair dan lain-lain yang mempunyai pengertian tertentu dalam Adat Perkahwinan. Komunikasi bukan Lisan adalah perlakuan seseorang, alat-alat bunyian seperti rebana, kompangm benda-benda yang meberi simbol makna kepada seseorang seperti tepak sirih, sirih junjung, keris, tengkolok, tepung tawar, bunga rampai, bunga telur dan lain-lain lagi.
Walaupun masyarakat Melayu yang mengamalkan dua adat yang berbeza iaitu Adat Temenggung dan Adat Pepatih tetapi perlaksanaan dalam Adat Perkahwinan tidak banyak berubah. Perbezaan yang nyata dalam kedua Masyarakat Melayu ini adalah dari segi loghat yang digunakan iaitu dialek pertuturan yang membezakan Masyarakat Melayu Kuala Kangsar dan Negeri Sembilan Apa yang menarik, Pepatah-petitih perbilangan adat yang digunakan oleh masyarakat Melayu di kedua-dua tempat tersebut adalah hampir sama. Begitu juga setiap upacara adat dijalankan pasti terdapat penggunaan gurindam, pantun dan seloka yang merupakan komunikasi lisan mereka.
Faktor geografi, kawasan dan daerah tidak dapat memisahkan cara pelaksanaan adat istiadatnya kerana masyarakat Melayu di kedua-dua kawasan kajian adalah daripada satu rumpun bangsa dan agama sebagaimana “Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat, adat negeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung, adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan