photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Jumaat, 2 Mei 2014

ESTETIKA BAHASA SULALATUS SALATIN


Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dpat diserapkan oleh pacaindera atau lebih khusus lagi membawa maksud ‘kepekaan’ manusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik juga boleh diertikan sebagai persepsi pacaindera, iaitu merupakan istilah estetika yang digunakan untuk kajian falsafah. Selain itu, estetika juga membawa banyak pengertian seperpti ahli falsafah Jerman. Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalakan perkataan  aisthetika.
            Estetika dan sastera adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Pada umumnya estika adalah berkenaan rasa indah dan kesenian khususnya. Pandangan mengenai falsafah dasn estetika sangat berhubung rapat denagn kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara yang berkait dengan keseniaan. Apabila dilihat daripada konsep yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsur ini dengankarya yang dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik dan berseni. Secara umumnya estetika dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta.

11.                  Gaya Bahasa
            Plato membahagikan keindahan bahasa kepada dua bahagian. Pertama tentang dunia idea. Dunia idea berkisar tentang dunia realiti yang berhubung dengan diri seseorang. Manakala pandangan kedua pula mengatakan indah dan sumber segala keindahan adalah paling sederhana. Sederhana bermaksud bentuk dan ukuran yang yang tidak diberi batasan lebih lanjut berdasarkan sesuatu yang “lebih sederhana” lagi. Pengertian yang seterusnya lebih membukakan jalan bagi perkembangan moden, adalah rumusan keindahan daripada Thomas Aquinas. Menurut beliau, “keindahan berkaitan dengan pengetahuan; kita menyebut sesuatu itu indah jika perkara itu menyenagkan mata sang pemerhati dan memaikan peranan yang subjektif.”
            Unsur keindahan bahasa sering ditemui dalam teks agung Melayu dan hikayat Melayu ialah gaya bahasa. Unsur-unsur keindahan bahasa ini diaplikasikan untuk menyalurkan pemikiran dan padangan terhadap sesuatu tema atau persoalan. Unsur keindahan bahasa secara tidak langsung mencerminkan jati diri penulis kerana khalayak dapat mengenali diri pengarang melalui penggunaan gaya bahasa dalam teks. Antara beberapa contoh unsur gaya bahasa yang sering ditemui dalam teks karya agung Melayu ialah simile, hiperbola, metafora dan personafikasi.
            Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya kesusasteraan. Gaya bahasa juga bertujuan untuk melembutkan lagi makna percakapan dan juga mengindahkan bahasa itu. Menurut Gory Keraf, (1985) gaya bahasa adalah cara mengungkapkan fikiran melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis. Sesebuah gaya bahasa yang baik mengandungi tiga unsur penting seperti kejujuran, sopan-santun dan  menarik. Gaya bahasa adalah pemakaian kata-kata kiasan dan perbandingan
            Secara keseluruhan, gaya bahasa adalah satu corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan sewaktu berhubung antara satu sama lain sama ada secara lisan mahupun tulisan. Pada umumnya, terdapat empat jenis gaya bahasa iaitu perbandingan, sindiran, penegasan dan gaya bahasa pertentangan.
            Tun Seri Lanang menggunakan gaya bahasa simile dalam Sulalatus Salatin. Penggunaan unsur ini memberikan nilai estetik yang tersendiri kepada teks tersebut. Hal ini dapat dilihat penggunaan unsur simile yang digunakan telah menimbulkan keindahan dengan membandingkan dengan perkara lain yang mempunyai maksut yang sama. Perkataan seperti, bak, laksana dan bagai merupakan unsur simile. Contoh pengguna simile adalah seperti ular berbelit-belit lakunya (Sulalatus Salatin, 175).
            Selain itu, Tun Seri Lanang juga menggunakan unsur personafikasi. Unsur ini dilihat mampu menghasilkan karya sastera lebih nyata dan menjadikan karya ini lebih menarik untuk dibaca. Personafikasi bermaksud pengorangan atau penginsanan. Maksunya, pengarang memerikan sifat manusia, sama ada daripada segi perasaan, perwatakan atau tindak tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak. Kesimpulannya, personafikasi adalah memberi watak manusia kepada bukan manusia.
            Tun Seri Lanang menggunakan personafikasi bagi menggambarkan sesautu perkara yang berkaitan dengan suasana, pemerintah atau raja-raja Melayu, pembinaan sesuatu kerajaan, perutusan dari satu pihak kepada pihak yang lain. Perkara-perkara ini telah menggunakan sifat yang ada pada manusia dan dikaitkan pada unsur alam seperti haiwan, pasir, angin dan pokok. Penggunaan unsur-unsur ini bagi menggambarkan keindahan makna sesuatu perkara supaya dapat difahami oleh pembaca. Contohnya, maka bertemulah kedua gajah itu lalu berperang; ... (Sulalatus Salatin, 11)
            Hikayat Sulalatus Salatin juga menggunakan unsur hiperbola yang dilihat mampu menarik perhatian pembaca. Unsur ini adakalanya dilihat sebagai sesuatu yang tidak logik tetapi unsur yang menarik untuk dibaca. Hal ini kerana, kita dapat melihat bagaimana pengarang berjaya mengaplikasikan unsur-unsur persekitaran dalam karya penulisan mereka. Keadaan ini dapat dilihat seperti contoh berikut:
“Daripada kebanyakan ra’yat berjalan itu segala hutan belantara pun habis menjadi padang, bumi pun bergetar seperti gempa, gunung-gunung pun bergerak, runtuh kemuncaknya. Maka, segala bukit yang tinggi-tinggi itu pun habis menjadi rata, segala sungai yang besar-besar pun menjadi kering, jadi darat.”
                                                            (Sulalatus Salatin,15)
            Karya Sulalatus Salatin juga mempunyai unsur-unsur sindiran kerana budaya Melayu sering menggunakan bahasa halus untuk menyindir seseoarang. Perkara ini lebih beradab berbanding sindiran secara terus yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Sifat masyarakat Melayu begitu menjaga maruah seseorang. Lantaran itu, tidak hairanlah apabila sindir-sindiran dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Hal ini dapat dilihat melalui watak-watak lucu seperti peristiwa Tun Mai Ulat Bulu belajar mengaji daripada Makhdum Sadar Jahan. Dalam peristiwa ini menyindir golongan pendidik yang tidak sabar dalam menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya. Pengajaran yang bersifat gopoh ini memberik kesan kepada anak didik untuk mengikuti setiap ajaran guru. Perancangan yang sistematik perlu dirancang supaya proses pengajaran berlangsung dengan berkesan.
            Selain itu, peristiwa Hang Hussain Cengang melanggar adab-adab makan nasi menyindir bahawa adab itu melanggar tuntutan Islam.  Hal ini bertepatan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya membazir. Sulalatus Salatin mempunyai sifat kreatif dalam mengutarakan percakapn dan menyelitkan unsur-unsur tertentu supaya percakapan mereka tidak menyinggung perasaan orang lain secara terus. Perkara ini jelas menunjukkan masyarakat zaman dahulu mempunyai nila-nilai kemalayuan yang tinggi jika dibandingkan dengan masyarakat kini.
            Gambaran corak hidup masyarakat biasa juga diberi penekanan dalam teks. Tun Seri Lanang memberikan gambaran tentang realiti kehidupan masyarakat pada zaman silam yang tepu dengan kisah suka dan duka. Setiap peristiwa yang berlaku dalam Sulalatus Salatin mempunyai iktibar untuk meneruskan kelangsungan warisan nenek moyang kita.

22.      Penggunaan Puisi Melayu Tradisi
Sulalatus Salatin menggunakan gaya bahasa Melayu lama. Corak penulisannya adalah gaya sastera termasuk penggunaan dialog dan monolog meskipun karangannya lebih jelas kepada berbentuk naratif prosa, namun pengarang memasukkan juga unsur naratif puisi. Rangkap-rangkap puisi yang dimasukkan pada beberapa tempat yang tertentu sewaktu menceritakan sesuatu peristiwa dalam usaha memberikan kesan yang lebih mendalam serta untuk menjelaskan sesuatu peristiwa atau watak yang hendak ditonjolkan. Walau bagaimanapun, ada ketikanya unsur puisi ini diselitkan bagi mengkritik golongan tertentu terutamanya raja. Jenis-jenis puisi yang biasa digunakan ialah pantun, gurindam dan peribahasa.
            Hal ini dapat dilihat sewaktu pembunuhan Tun Jana Khatib. Sebuah pantun dicipta berkait rapat dengan kes pembunuhan tersebut. Ketika dibunuh, diceritakan hanya darahnya sahaja menitik kebumi sedangkan badannya ghaib. Dikatakan bahawa badan Tun Jana Khatib terlanar di Lengakawi dan ditanam di sana.

Telur itik dari Senggora,
            Pandan tersandar di batang tui;
Darahnya titik di Singapura,
            Badannya terhantar di Lengkawi.
                                                            (Sulalatus Salatin, 68)
Cerita sewaktu serangan todak ke atas Singapura juga telah dihasilkan sebuah seloka berkenaannya. Sulalatu Salatin menceritakan, “Pada suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka.” (Sulalatus Salatin, 68)
Sewaktu serangan tersebut berlaku telah menyebabkan ramai rakyat Singapura terkorban kerana pada awalnya raja menitahkan rakyat berkubukan betis. Seorang budak telah menyarankan agar berkubukan batang pisang. Apabila todak melompat, jongornya melekat pada batang pisang. Seloka tersebut berbunyi:
Carek baju dilompati todak,   
Baharu menurut kata budak.
(Sulalatus Salatin, 68)
Episod rampasan kuasa oleh Raja Kasim, setelah Sultan Muhammad Syah mangkat, telah digantikan oleh Raja Ibrahim untuk memerintah Melaka. Oleh kerana Sultan Abu Syahid (Raja Ibrahim) masih kecil, maka takhta baginda telah dikuasai sepenuhnya oleh Raja Rekan iaitu sepupu kepada puteri Rekan, bonda Sultan Abu Syahid. Ketika Raja Rekan masuk menghadap, orang akan menitir gendang raya dan sekalian orang pun berkampung. Lantaran dibuat nyanyian seperti berikut:
Gendang ria dapat berbunyi,
Raja Rekan masuk menghadap,
Orang kaya apa disembunyi,
            Dendanm sahaya dapat berdapat.
(Sulalatus Salatin, 82)
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budi pekertinya. Hal ini telah berjaya digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya, Sejarah Melayu. Adat istana Diraja turut dimuat dalam karya beliau bagi memperlihatkan kedaulatan raja-raja Melayu. Lantaran itu, terbuktilah bahawa puisi-puisi yang dihasilkan sebenarnya menggambarkan pujian, sindiran kepada golongan pemerintah selain menggambarkan peristiwa yang berlaku.

3.                  Penggunaan Bahasa Istana
Bahasa istana merupakan antara perkara penting dalam penghasilan Sulalatus Salatin. Tidak dinafikan penggunaan bahasa istana dalam karya bahasa Melayu klasik kerap berlaku berbanding dalam karya Melayu Moden. Watak utama dalam karya bahasa Melayu klasik adalah daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri, anakanda, dayang, pembesar dan rakyat sahaya. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa istana diperlukan untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih menarik dengan keindahan bahasa istana yang lembut dan berlapik. Penggunaan bahasa istana juga membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dijelaskan melalui:
...“Berkenanlah kita akan kehendak saudara kita itu, tetapi jangan saudara kita bersusah-susah menyuruh anakanda baginda ke mari; biarlah kita menghantar anak kita ke Singapura.”
                                                                                    (Sulalatus Salatin, 43)
            Kisah di atas adalah berkenaan Raja Singapura menghantar utusan yang diketuai oleh Aria Bupala dan Maha Indera Bijaya ke Benua Keling untuk meminang puteri Nila Pancadi. Raja Benua Keling itu menghantar puterinya ke Singapura untuk dikahwinkan dengan Raja Kecil Besar.
44.            Penggunaanya imbuhan -nya
Karya klasik atau karya agung juga turut menggunakan penggunaan imbuhan ‘nya’ untuk mengekalkan unsur estetik dalam karya. Penggunaan imbuhan ‘nya’ boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan  sesebuah ayat. Penggunaan imbuhan ‘nya’ ini bertujuan mengelakkan daripada kekerapan menggunakan ayat yang panjang seterusnya menjadikan karya tersebut suatu karya yang tidak menarik, menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menimati sesebuah karya. Sebagai contoh ayat yang menggunakan imbuhan ‘nya’ dalam hikayat Hang Tuah ialah:
Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genablah bulanya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya sikapnya.
                                                                                                                (Kassim Ahmad, 11)
Berdasarkan contoh ayat di atas, menunjukkan pemulis telah mengulang sebanyak empat kali imbuhan ‘nya’ dalam satu ayat. Ayat tersebut ditulis sebegitu bagi menjelasakan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Keadaan ini menunjukkan bahawa penulis sangat bijak menggunakan bahasa dan memperlihatkan unsur estetik dalam karya tersebut. Keindahan karya juga terletak kepada kebijaksanaan penulis untuk menterjemahkan jalan cerita menggunakan seni bahasa yang dapat menarik minat pembaca.

55.                  Seni Bahasa
Bahasa Melayu meletakkan keutamaan yang tinggi kepada ketajaman akal, kecerdasan berfikir, kebijaksanaan berbahasa dan mengungkapkan bahasa. Bentuk-bentuk lisan seperti teka-teki dan pantun ialah manifestasi kepada keutamaan yang diletakkan kepada kecerdasan berfikir. Menurut Noriah Taslim (2000), masyarakat silam wujud dalam satu bentuk budaya yang disebut budaya rhetorical, manusianya wujud dalam situasi persaingan kata-kata atau pertikaman lidah seperti pantun perlu dibalas, teka-teki perlu dijawab, sindiran dijawab dengan sindiran. Melalui unsur-unsur inilah keindahan dalam seni penulisan terpamer. Penulis telah mengunakan bahasa yang amat tinggi. Peribahasa menjadi cerminan kepada keintelektualan minda Melayu yang tiada tandingan. Bermula daripada alam kepada manusia, abstrak kepada konkrit, peribahasa memanfaatkan keindahan untuk menajamkan keintelektualan.
            Jika diperhatikan salam Sulalatus Salatin, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan seni bahasa pengarang dalam sisi yang berbeza. Sebagai contoh, dalam peristiwa pemerintahan di Temasik. Temasik digambarkan sebagai sebuah negeri yang tidak pernah aman.kita juga tidak didedahkan dengan usaha pemerintahnya, Parameswara untuk memajukan Temasik. Hal ini kerana, di Temasik terdapat nilai yang tidak baik. Istilah ‘Singapura” dikatakan berasal daripada binatang yang bernama singa dan suka besikap pura-pura. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan