Kitab Pengetahuan Bahasa ditulis oleh Raja Ali Haji. Hampir semua karya Raja Ali Haji
adalah dapat dikategorikan dalam karya-karya Melayu yang penting, agung, dan
terkenal. Pada kesempatan ini diperkenalkan karya beliau tentang bahasa Melayu,
yang beliau beri judul "Kitab Pengetahuan Bahasa". Di bawah
judul utama diberi keterangan "Iaitu Kamus Lughat Melayu Johor, Pahang,
Riau-Lingga". Raja Ali Haji tidak sempat menyelesaikan karya
tersebut secara keseluruhan, hanya sampai huruf "Ca" saja. Kitab
Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji pertama kali oleh oleh
Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, tahun 1345 H/1927 M
atas usaha salah seorang cucu Raja Ali Haji bernama Raja Haji Umar bin
Raja Hasan yang kemudian disetujui oleh Raja Haji Ali bin Raja Muhammad/Tengku
Nong, Ketua Syarkah Al-Ahmadiah. Kitab tersebut mendapat perhatian dan kajian
para sarjana, termasuk beberapa orang sarjana Barat terutama sekali orang-orang
yang berminat tentang bahasa Melayu. Manuskrip asli dan cetakan yang
pertama adalah dalam edisi huruf Melayu/Jawi, dan selanjutnya pernah
ditransliterasi kepada tulisan Latin/Rumi oleh Raja Hamzah Yunus. Yang
telah ditransliterasi dari tulisan Jawi ke Rumi itu diterbitkan oleh Departemen
Pendidikan dan Kebudayaan, Penelitian dan Pengkajian Kebudayaan Nusantara Bagian
Proyek Penelitian dan Pengkajian Kebudayaan Melayu Pekan baru 1986/1987.
BIOGRAFI
•Nama penuh :
Raja Ali al-Hajj ibni Raja Ahmad Al-Hajj Ibni Raja Haji Fisabilillah bin Opu
Daeng Celak Alias Engku Haji Ali ibni Engku Haji Ahmad Riau.
•Tahun
dilahirkan : 1809 M
•Tahun meninggal
dunia : 1870 M
•Tempat asal :
Pusat Kesultanan Riau –Lingga di Pulau Penyengat (kini termasuk dalam Wilayah
Kepulauan Riau, Indonesia).
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
•Raja Ali
Haji dibesarkan dalam keluarga yang memiliki latar belakang pendidikan
keagamaan dan keilmuan yang kuat.
•Sejak kecil
ayahnya telah mendidik beliau untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama
dengan baik.
Pernah menuntut
ilmu sehingga ke Mesir dan Mekah.
Kitab Pengetahuan Bahasa
Bab 1
Dalam bab
pertama, terdapat 7 perkataan utama yang dibincangkan oleh penulis. Antara 7
perkataan tersebut ialah:
i.Allah
ii.Al-Nabi Ahmad
iii.Al-Ahsab
iv.Al-Ahbar
v.Al-Insan
vi.Al-Awwali
(al-dunia)
vii.Al-Akhirat
Bab 2:
Bab Alif
Pengarang
menamakan “FasalAlif” yang sepatutnya “babAlif”, kerana bahagian
bahagiankecilnyadinamakanfasal.
Bab ini mengandungi 30
fasal yang
mengandungi susunan entri perkataan mengikut urutan abjad akhirnya bermula daripada hamzah/alif
hingga ke ya,
iaitu seperti berikut:
Fasal
1)Fasal
Alif-Ba-Hamzah/Alif
16) Fasal Alif-Ba
2)Fasal
Alif-Ta-Hamzah/Alif
17) Fasal Alif-Ta
3)Fasal
Alif-Nya-Hamzah/Alif 18) Fasal
Alif-Jim
4)Fasal
Alif-Ca-Hamzah/Alif
19) Fasal Alif-Dal
5)Fasal
Alif-Jim-Hamzah/Alif 20) Fasal
Alif-Ra
6)Fasal
Alif-Dal-Hamzah/Alif 21) Fasal
Alif-Sin
7)Fasal
Alif-Ra-Hamzah/Alif
22) Fasal Alif-Nga
8)Fasal
Alif-Sin-Hamzah/Alif 23)
Fasal Alif-Fa
9)Fasal
Alif-Fa-Hamzah/Alif
24) Fasal Alif-Kaf
10)Fasal
Alif-kaf-Ga-Hamzah/Alif 25) Fasal Alif-Lam
11)Fasal
Alif-Lam-Hamzah/Alif 26) Fasal
Alif-Mim
12)Fasal
Alif-Min-Hamzah/Alif 27) Fasal
Alif-Nun
13)Fasal
Alif-Nun-Hamzah/Alif 28)
Fasal Alif-Waw
14)Fasal
Alif-Waw-Hamzah/Alif 29) Fasal
Alif-Ha
15)Fasal
Alif-ya-Hamzah/Alif
30) Fasal Alif-Ya
Bab Ba'
Bab ini mengandungi 15 Fasal yang mengandungi
entri perkataan disusun mengikut urutan abjad akhirnya bermula daripada abjad
hamzah/alif hingga abjad yā’.
Fasal:
1)Fasal Bā’-
Hamzah/Alif 10) Fasal Bā’- Lām
2)Fasal Bā’-
Bā’
11) Fasal Bā’ - Mim
3)Fasal Bā’-
Tā’
12) fasal Bā’ - Nūn
4)Fasal
B - Dāl 13)
Fasal Bā’ - Wāw
5)Fasal
B -
Rā’
14) Fasal Bā’ - Hā’
6)Fasal
B -
Sin
15) Fasal Bā’ - Yā’
7)Fasal
B - Nga
8)Fasal
B - Fā’
9)Fasal
B - Kāf
Bab Ta
Bab ini
mengandungi 14 fasal, iaitu mengandungi entri perkataan yang disusun mengikut
urutan abjad akhirnya
Bermula daripada
abjad hamzah/alif hingga ke abjad yā’ iaitu:
Fasal:
1)Fasal Tā’-
Hamzah/Alif 9) Fasal Tā’ - Lām
2)Fasal
Tā’ -
Bā’
10) Fasal Tā’ - Mim
3)Fasal
Tā’ -
Tā’
11) Fasal Tā’ - Nūn
4)Fasal
Tā’ -
Dāl
12) Fasal Tā’ - Wāw
5)Fasal
Tā’ -
Rā’
13) Fasal Tā’ - Hā’
6)Fasal
Tā’ -
Sin
14) Fasal Tā’ - Yā’
7)Fasal
Tā’ - Nga
8)Fasal
Tā’ - Fā’
Bab Nya
Bab ini
mengandungi 12 entri perkataan sahaja. Ia tidak dipecahkan kepada sebarang
fasal. Namun, entrinya
Tetap disusun
mengikut urutan abjad akhirnya, bermula daripada hamzah/alif diikuti oleh tā’,
sin, nga,
lām, mim, nūn,
wāw, dan yā’ iaitu:
1)Nyanyuk
8) Nyawa
2)Nyampang
9) Nyaman
3)Nyinyin
10) Nyanyi
4)Nyata
5)Nyala
6)Nyitu
7)Nyam
Bab Jim
Bab ini
mengandungi 14 fasal yang terdiri daripada entri perkataan yang disusun
mengikut abjad akhirnya, iaitu, Bermula daripada
abjad hamzah/alif hingga ke abjad yā’, seperti berikut:
Fasal:
1)Fasal Jim-
Hamzah/Alif 8) Fasal Jim- Kāf
2)Fasal jim- Bā’
9) Fasal Jim- Lām
3)Fasal Jim- Tā’
10) Fasal Jim- Mim
4)Fasal Jim-
Dāl
11) Fasal Jim- Nūn
5)Fasal Jim-
Rā’
12) Fasal Jim- Wāw
6)Fasal
Jim-
13) Fasal Jim- Hā’
7)Fasal Jim-
Nga
14) Fasal Jim- Yā’
Bab Ca
Bab ini
mengandungi 15 fasal yang terdiri daripada kata entri yang disusun mengikut
urutan abjad akhir Dari abjad hamzah/alif ke abjad yā’, iaitu:
Fasal:
1)Fasal Ca-
Hamzah/Alif 9) Fasal Ca- Kf
2)Fasal Ca-
B’
10) Fasal Ca- Lm
3)Fasal Ca-
T’
11) Fasal Ca- Mim
4)Fasal Ca- Ca
12) Fasal Ca- Nn
5)Fasal Ca-
R’
13) Fasal Ca- Ww
6)Fasal Ca- Sin
14) Fasal Ca- H’
7)Fasal Ca- Nga
15) Fasal Ca- Y’
8)Fasal Ca- f’
BI
Sangat menarik.sebelum ni saya tak tahu pun mengenai kitab pengetahuan bahasa.
BalasPadamkitab pengetahuan bahasa boleh dikatakan sebagai kamus melayu pertama
Padam