photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Rabu, 21 Mei 2014

Idealisme dan Falsafah dalam Kitab Pengetahuan Bahasa






Maksud Idealisme

       Idealisme dan falsafah merupakan dua elemen sastera yang saling bertentangan.
       Penggunaan kedua-dua elemen ini ke dalam sesuatu karya sastera, iaitu karya agung khususnya amat popular dalam kalangan pengkarya-pengkarya satu ketika dahulu.
       Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal (2010: 558).
       Menurut W.F Hocking pula, idealisme merupakan realiti yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran, akal (mind) atau jiwa (selves) dan bukanlah kekuatan atau kebendaan.
       Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelas menunjukkan bahawa idealisme memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu bentuk karya sastera. 

Maksud Falsafah

       Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu yang lain.
       Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah
menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.
       Berdasarkan Hashim Hj. Musa (1994), falsafah merupakan kajian secara
 renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. 
       Berdasarkan pendapat-pendapat yang diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa ilmu falsafah ialah ilmu yang mengkaji dan meneliti objek yang abstrak dan logikal yang merupakan hakikat benda benda kejadian di alam semesta.

Falsafah Alam

Ø  Hubungkait antara manusia dan alam sekitarnya iaitu “bagaimana manusia menggunakan kebijaksanaan untuk berinteraksi dengan alam.
Ø  Dalam pemikiran Hamka, alam membantu masyarakat untuk terus berpegang bahawa segala yang ada di seluruh alam ini telah terancang oleh Pencipta.
Ø  Contoh falsafah alam yang terdapat dalam kitab pengetahuan bahasa ialah:
       onak- (ona’)- sejenis tumbuhan di dalam hutan seperti jari dan panjang-panjang dikelilingi duri.
       Ulat- haiwan yang bulat-bulat panjang. Zaiznya bermacam-macam, ada yang besar dan ada yang kecil.
       Ular- binatang yang panjang tiada kaki. Mempunyai bisa dan berbagai rupa serta nama. Ada yang tinggal di darat dan ada di air.
       Jalak- nama bangsa ayam sabungan orang-orang dahulu kala.
       Jintan- rumput yang halus-halus, boleh dibuat ubat atau rempah untuk memasak.
       Cicak- binatang yang menjalar pada dinding rumah.
       Cengal- nama bagi kayu di hutan.

Falsafah Islam

Ø  Falsafah Islam  ialah satu disiplin ilmu yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas.
Ø   Menerangkan pertalian antara manusia dengan penciptanya, antara manusia dengan manusia dan juga manusia dengan persekitarannya.
Ø  Falsafah islam  tidak dapat dipisahkan daripada dua sumber berautoriti iaitu al-quran dan as-sunnah.
Ø  Dalam kitab pengetahuan bahasa,unsur falsafah Islam banyak ditulis dalam bab awal, iaitu bab 1. Antara perkara yang dibincangkan ialah:
       Allah
       Alif al-Nabi Ahmad
       Alif Ahsab
       Alif Ahbar
       Alif Insan
       Alif Awwali
       Alif Akhirat 

Falsafah Keadilan

Ø  Falsafah keadilan merupakan sesuatu perkara yang dilakukan berdasarkan hukuman atau undang-undang. Dalam kitab pengetahuan bahasa juga terselit unsur falsafah keadilan. Contohnya:
       Undang-undang-  Iaitu aturan dan hukuman yang ditentukan oleh masing-masing kerajaan yang memelihara akan rakyat daripada aniaya serta menentukan hukuman bagi orang yang melakukan kesalahan. 

Falsafah Melayu Berkaitan Adab

Ø  Adab terdapat dalam konteks perilaku, perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, kemanusiaan.
Ø  Sementara tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa kelakuan.
Ø  Contoh falsafah Melayu berkaitan adab dalam kitab Pengetahuan Bahasa ialah:
       Adab Kepada Allah
       Adab Menuntut Ilmu
       Adab kepada Ibu Bapa
       Adab dengan ahli keluarga
       Adab dengan sanak saudara dan sahabat handai
       Adab kepada orang yang baru dikenali

Falsafah Kekuasaan

Ø  Dalam kitab pengetahuan Bahasa, terdapat falsafah kekuasaan yang berkaitan dengan kekuasaan golongan atasan seperti raja dan pembesar.
Ø   contoh falsafah kekuasaan dalam kitab Pengetahuan Bahasa ialah:
       Aruk (aru’)- bermaksud orang-orang yang bercakap meneguhkan janji dengan rajanya atau menterinya dan hulubalang atau kepada panglima. Atau segala mereka itu bercakap dengan raja. Segala percakapan mereka haruslah patuh dan tidak boleh belot dan ingkar.
       Adinda- perbahasan halus di dalam surat-surat yang dibahaskan pada pangkat saudara yang muda, dan jika di luar merupakan panggilan bagi raja atau anak-anak raja.
       Julang- Iaitu seseorang anak raja berkuda di atas bahu seseorang ketika berjalan.


Falsafah Bahasa dari Sudut Nahu

Ø  Semua bahasa yang terdapat di dunia mempunyai nahu atau tatabahasa yang tersendiri, terutamanya bahasa Melayu.
Ø  Nahu merujuk kepada sistem atau susunan sesuatu bahasa.
Ø  Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya.
Ø  Penggunaan nahu yang sempurna bermaksud penggunaan kata atau perkataan dan ayat yang betul dalam proses berbahasa.
Ø  Contohnya penggunaan pantun yang terdapat dalam kitab Pengetahuan Bahasa merupakan salah satu penggunaan bahasa yang halus untuk menggambarkan sesuatu perkara:
       Sebagai contoh, perkataan jangak ada dua maksud 

                 i)            Orang yang suka berzina atau bermukah
                ii)            Orang yang melakukan pekerjaan jahat seperti merompak, menyamun dan mencuri serta  membunuh untuk kepentingan diri. 

Jika tiada di dalam diri
Pergilah merisau ke sana ke mari
Harta orang diperi-peri
            Terkadang disamun terkadang dicuri       (ms 391)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan