photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif
Memaparkan catatan dengan label Karya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karya. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mei 2014

Idealisme dan Falsafah dalam Kitab Pengetahuan Bahasa






Maksud Idealisme

       Idealisme dan falsafah merupakan dua elemen sastera yang saling bertentangan.
       Penggunaan kedua-dua elemen ini ke dalam sesuatu karya sastera, iaitu karya agung khususnya amat popular dalam kalangan pengkarya-pengkarya satu ketika dahulu.
       Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal (2010: 558).
       Menurut W.F Hocking pula, idealisme merupakan realiti yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran, akal (mind) atau jiwa (selves) dan bukanlah kekuatan atau kebendaan.
       Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelas menunjukkan bahawa idealisme memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu bentuk karya sastera. 

Maksud Falsafah

       Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu yang lain.
       Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah
menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.
       Berdasarkan Hashim Hj. Musa (1994), falsafah merupakan kajian secara
 renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. 
       Berdasarkan pendapat-pendapat yang diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa ilmu falsafah ialah ilmu yang mengkaji dan meneliti objek yang abstrak dan logikal yang merupakan hakikat benda benda kejadian di alam semesta.

Falsafah Alam

Ø  Hubungkait antara manusia dan alam sekitarnya iaitu “bagaimana manusia menggunakan kebijaksanaan untuk berinteraksi dengan alam.
Ø  Dalam pemikiran Hamka, alam membantu masyarakat untuk terus berpegang bahawa segala yang ada di seluruh alam ini telah terancang oleh Pencipta.
Ø  Contoh falsafah alam yang terdapat dalam kitab pengetahuan bahasa ialah:
       onak- (ona’)- sejenis tumbuhan di dalam hutan seperti jari dan panjang-panjang dikelilingi duri.
       Ulat- haiwan yang bulat-bulat panjang. Zaiznya bermacam-macam, ada yang besar dan ada yang kecil.
       Ular- binatang yang panjang tiada kaki. Mempunyai bisa dan berbagai rupa serta nama. Ada yang tinggal di darat dan ada di air.
       Jalak- nama bangsa ayam sabungan orang-orang dahulu kala.
       Jintan- rumput yang halus-halus, boleh dibuat ubat atau rempah untuk memasak.
       Cicak- binatang yang menjalar pada dinding rumah.
       Cengal- nama bagi kayu di hutan.

Falsafah Islam

Ø  Falsafah Islam  ialah satu disiplin ilmu yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas.
Ø   Menerangkan pertalian antara manusia dengan penciptanya, antara manusia dengan manusia dan juga manusia dengan persekitarannya.
Ø  Falsafah islam  tidak dapat dipisahkan daripada dua sumber berautoriti iaitu al-quran dan as-sunnah.
Ø  Dalam kitab pengetahuan bahasa,unsur falsafah Islam banyak ditulis dalam bab awal, iaitu bab 1. Antara perkara yang dibincangkan ialah:
       Allah
       Alif al-Nabi Ahmad
       Alif Ahsab
       Alif Ahbar
       Alif Insan
       Alif Awwali
       Alif Akhirat 

Falsafah Keadilan

Ø  Falsafah keadilan merupakan sesuatu perkara yang dilakukan berdasarkan hukuman atau undang-undang. Dalam kitab pengetahuan bahasa juga terselit unsur falsafah keadilan. Contohnya:
       Undang-undang-  Iaitu aturan dan hukuman yang ditentukan oleh masing-masing kerajaan yang memelihara akan rakyat daripada aniaya serta menentukan hukuman bagi orang yang melakukan kesalahan. 

Falsafah Melayu Berkaitan Adab

Ø  Adab terdapat dalam konteks perilaku, perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, kemanusiaan.
Ø  Sementara tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa kelakuan.
Ø  Contoh falsafah Melayu berkaitan adab dalam kitab Pengetahuan Bahasa ialah:
       Adab Kepada Allah
       Adab Menuntut Ilmu
       Adab kepada Ibu Bapa
       Adab dengan ahli keluarga
       Adab dengan sanak saudara dan sahabat handai
       Adab kepada orang yang baru dikenali

Falsafah Kekuasaan

Ø  Dalam kitab pengetahuan Bahasa, terdapat falsafah kekuasaan yang berkaitan dengan kekuasaan golongan atasan seperti raja dan pembesar.
Ø   contoh falsafah kekuasaan dalam kitab Pengetahuan Bahasa ialah:
       Aruk (aru’)- bermaksud orang-orang yang bercakap meneguhkan janji dengan rajanya atau menterinya dan hulubalang atau kepada panglima. Atau segala mereka itu bercakap dengan raja. Segala percakapan mereka haruslah patuh dan tidak boleh belot dan ingkar.
       Adinda- perbahasan halus di dalam surat-surat yang dibahaskan pada pangkat saudara yang muda, dan jika di luar merupakan panggilan bagi raja atau anak-anak raja.
       Julang- Iaitu seseorang anak raja berkuda di atas bahu seseorang ketika berjalan.


Falsafah Bahasa dari Sudut Nahu

Ø  Semua bahasa yang terdapat di dunia mempunyai nahu atau tatabahasa yang tersendiri, terutamanya bahasa Melayu.
Ø  Nahu merujuk kepada sistem atau susunan sesuatu bahasa.
Ø  Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya.
Ø  Penggunaan nahu yang sempurna bermaksud penggunaan kata atau perkataan dan ayat yang betul dalam proses berbahasa.
Ø  Contohnya penggunaan pantun yang terdapat dalam kitab Pengetahuan Bahasa merupakan salah satu penggunaan bahasa yang halus untuk menggambarkan sesuatu perkara:
       Sebagai contoh, perkataan jangak ada dua maksud 

                 i)            Orang yang suka berzina atau bermukah
                ii)            Orang yang melakukan pekerjaan jahat seperti merompak, menyamun dan mencuri serta  membunuh untuk kepentingan diri. 

Jika tiada di dalam diri
Pergilah merisau ke sana ke mari
Harta orang diperi-peri
            Terkadang disamun terkadang dicuri       (ms 391)

Kitab Pengetahuan Bahasa


Kitab Pengetahuan Bahasa ditulis oleh Raja Ali Haji. Hampir semua karya Raja Ali Haji adalah dapat dikategorikan dalam karya-karya Melayu yang penting, agung, dan terkenal. Pada kesempatan ini diperkenalkan karya beliau tentang bahasa Melayu, yang beliau beri judul "Kitab Pengetahuan Bahasa". Di bawah judul utama diberi keterangan "Iaitu Kamus Lughat Melayu Johor, Pahang, Riau-Lingga". Raja Ali Haji  tidak sempat menyelesaikan karya tersebut secara keseluruhan, hanya sampai huruf "Ca" saja. Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji  pertama kali  oleh oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, tahun  1345 H/1927 M atas usaha salah seorang cucu  Raja Ali Haji bernama Raja Haji Umar bin Raja Hasan yang kemudian disetujui oleh Raja Haji Ali bin Raja Muhammad/Tengku Nong, Ketua Syarkah Al-Ahmadiah. Kitab tersebut mendapat perhatian dan kajian para sarjana, termasuk beberapa orang sarjana Barat terutama sekali orang-orang yang berminat tentang bahasa Melayu. Manuskrip asli dan cetakan yang  pertama adalah dalam edisi huruf Melayu/Jawi, dan selanjutnya pernah ditransliterasi kepada tulisan Latin/Rumi oleh Raja  Hamzah Yunus. Yang telah ditransliterasi dari tulisan Jawi ke Rumi itu diterbitkan oleh Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Penelitian dan Pengkajian Kebudayaan Nusantara Bagian Proyek Penelitian dan Pengkajian  Kebudayaan Melayu Pekan baru 1986/1987.




BIOGRAFI
•Nama penuh : Raja Ali al-Hajj ibni Raja Ahmad Al-Hajj Ibni Raja Haji Fisabilillah bin Opu Daeng Celak Alias Engku Haji Ali ibni Engku Haji Ahmad Riau.
•Tahun dilahirkan : 1809 M
•Tahun meninggal dunia : 1870 M
•Tempat asal : Pusat Kesultanan Riau –Lingga di Pulau Penyengat (kini termasuk dalam Wilayah Kepulauan Riau, Indonesia).

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
•Raja Ali Haji  dibesarkan dalam keluarga yang memiliki latar belakang pendidikan keagamaan  dan keilmuan yang kuat.
•Sejak kecil ayahnya telah mendidik beliau untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama dengan baik.
Pernah menuntut ilmu sehingga ke Mesir dan Mekah.
   
Kitab Pengetahuan Bahasa

Bab 1

Dalam bab pertama, terdapat 7 perkataan utama yang dibincangkan oleh penulis. Antara 7 perkataan tersebut ialah:
i.Allah
ii.Al-Nabi Ahmad
iii.Al-Ahsab
iv.Al-Ahbar
v.Al-Insan
vi.Al-Awwali (al-dunia)
vii.Al-Akhirat

  Bab 2: 

Bab Alif
Pengarang  menamakan “FasalAlif” yang sepatutnya “babAlif”, kerana  bahagian   
bahagiankecilnyadinamakanfasal. Bab ini mengandungi 30 fasal yang
mengandungi susunan entri perkataan mengikut urutan abjad akhirnya bermula daripada hamzah/alif  
hingga ke ya,
iaitu seperti berikut:

Fasal
1)Fasal Alif-Ba-Hamzah/Alif               16) Fasal Alif-Ba
2)Fasal Alif-Ta-Hamzah/Alif                17) Fasal Alif-Ta
3)Fasal Alif-Nya-Hamzah/Alif             18) Fasal Alif-Jim
4)Fasal Alif-Ca-Hamzah/Alif               19) Fasal Alif-Dal
5)Fasal Alif-Jim-Hamzah/Alif               20) Fasal Alif-Ra
6)Fasal Alif-Dal-Hamzah/Alif               21) Fasal Alif-Sin
7)Fasal Alif-Ra-Hamzah/Alif                22) Fasal Alif-Nga
8)Fasal Alif-Sin-Hamzah/Alif                23) Fasal Alif-Fa
9)Fasal Alif-Fa-Hamzah/Alif                24) Fasal Alif-Kaf
10)Fasal Alif-kaf-Ga-Hamzah/Alif       25) Fasal Alif-Lam
11)Fasal Alif-Lam-Hamzah/Alif           26)  Fasal Alif-Mim
12)Fasal Alif-Min-Hamzah/Alif            27) Fasal Alif-Nun
13)Fasal Alif-Nun-Hamzah/Alif           28) Fasal Alif-Waw
14)Fasal Alif-Waw-Hamzah/Alif         29) Fasal Alif-Ha
15)Fasal Alif-ya-Hamzah/Alif             30) Fasal Alif-Ya

 Bab Ba'  
 Bab ini mengandungi 15 Fasal yang mengandungi entri perkataan disusun mengikut urutan abjad akhirnya bermula daripada abjad hamzah/alif hingga abjad yā’.
 
Fasal:
1)Fasal Bā’- Hamzah/Alif  10) Fasal Bā’- Lām
2)Fasal Bā’- Bā’                 11) Fasal Bā’  - Mim
3)Fasal Bā’- Tā’                 12) fasal Bā’   - Nūn
4)Fasal B   - Dāl                 13) Fasal Bā’  - Wāw
5)Fasal B   - Rā’                 14) Fasal Bā’  - Hā’
6)Fasal B   - Sin                 15) Fasal Bā’  - Yā’
7)Fasal B   - Nga
8)Fasal B   - Fā’
9)Fasal B   - Kāf 

 Bab Ta  
 Bab ini mengandungi 14 fasal, iaitu mengandungi entri perkataan yang disusun mengikut urutan abjad akhirnya
Bermula daripada abjad hamzah/alif hingga ke abjad yā’ iaitu:

Fasal:
1)Fasal Tā’- Hamzah/Alif       9) Fasal Tā’  - Lām
2)Fasal Tā’  - Bā’                10) Fasal Tā’  - Mim
3)Fasal Tā’  - Tā’                 11) Fasal Tā’  - Nūn
4)Fasal Tā’  - Dāl                12) Fasal Tā’  - Wāw
5)Fasal Tā’  - Rā’                13) Fasal Tā’  - Hā’
6)Fasal Tā’  - Sin                14) Fasal Tā’  - Yā’
7)Fasal Tā’  - Nga
8)Fasal Tā’  - Fā’
 
Bab Nya
Bab ini mengandungi 12 entri perkataan sahaja. Ia tidak dipecahkan kepada sebarang fasal. Namun, entrinya
Tetap disusun mengikut urutan abjad akhirnya, bermula daripada hamzah/alif diikuti oleh tā’, sin, nga,
lām, mim, nūn, wāw, dan yā’ iaitu: 

1)Nyanyuk           8) Nyawa
2)Nyampang        9) Nyaman
3)Nyinyin           10) Nyanyi
4)Nyata
5)Nyala
6)Nyitu
7)Nyam
 
Bab Jim
 Bab ini mengandungi 14 fasal yang terdiri daripada entri perkataan yang disusun mengikut abjad akhirnya, iaitu, Bermula daripada abjad hamzah/alif hingga ke abjad yā’, seperti berikut:

Fasal:
1)Fasal Jim- Hamzah/Alif  8) Fasal Jim- Kāf
2)Fasal jim- Bā’                 9) Fasal Jim- Lām
3)Fasal Jim- Tā’               10) Fasal Jim- Mim
4)Fasal Jim- Dāl               11) Fasal Jim- Nūn
5)Fasal Jim- Rā’               12) Fasal Jim- Wāw
6)Fasal Jim-                      13) Fasal Jim- Hā’
7)Fasal Jim- Nga               14) Fasal Jim- Yā’

Bab Ca 
Bab ini mengandungi 15 fasal yang terdiri daripada kata entri yang disusun mengikut urutan abjad akhir Dari abjad hamzah/alif ke abjad yā’, iaitu:

 Fasal:
1)Fasal Ca- Hamzah/Alif  9) Fasal Ca- Kf
2)Fasal Ca- B’                 10) Fasal Ca- Lm
3)Fasal Ca- T’                  11) Fasal Ca- Mim
4)Fasal Ca- Ca                 12) Fasal Ca- Nn
5)Fasal Ca- R’                 13) Fasal Ca- Ww
6)Fasal Ca- Sin                14) Fasal Ca- H’
7)Fasal Ca- Nga              15) Fasal Ca- Y’
8)Fasal Ca- f’






BI