photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Khamis, 1 Mei 2014

Retorik dan Gaya Bahasa dalam Karya Agung


Gaya merupakan cara untuk menyatakan sesuatu yang lain daripada biasa tanpa kalainan makna. Gaya juga dikaitkan dengan keadaan yang boleh menyebabkan terhasil sesuatu karya yang indah. Keindahan yang mempunyai gaya biasanya dikaitkan dengan bahasa. Gaya bahasa yang indah mampu menarik para pembaca. Karya agung merupakan antara karya sastera bahasa Melayu klasik yang banyak menggunakan unsur keindahan dalam pemakaian gaya bahasanya.
            Gaya bahasa ialah gaya seseorang penulis menggunakan bahasa. Dalam penulisan karya agung, gaya bahasa yang digunakan ialah gaya bahasa sastera yang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Oleh itu, pemakaian bahasanya bukan sahaja bertujuan menyampaikan idea dan maklumat tetapi penyampaian idea dan maklumat itu menimbulkan rasa keharuan, di samping merangsang daya fikir dan akal pembaca.
            Jika diamati, bentuk karangan melayu dalam kebanyakkan karya agung sering digugat oleh bentuk karangan gaya kacukan, iaitu gaya karangan yang mengikut susuk atau cara pembahasan bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, orang Melayu bijak dalam membezakan dua jenis gaya bahasa Melayu, iaitu gaya bahasa Melayu betul dan gaya bahasa kacukan. Mereka tidak menganggap bahawa kacukan sebagai jenis gaya, iaitu gaya bahasa kacukan. Menurut Za’ba, banyak karangan Melayu bentuk Arab yang yang meurut kaedah jalan bahasa dan nahu arab. Hanya perkataannya sahaja merupakan perkataan melayu, itupun kadang kala bercampur baur dengan perkataan Arab. Karangan Melayu dalam bentuk Arab ini kurang memberi kesan kepada orang Melayu yang tidak mengetahui bahasa Arab.
Retorik berasal daripada perkataan Yunani ‘rethor’ yang membawa maksud pidato. Konsep retorik dalam konteks moden ialah seni penggunaan bahasa tulisan utau lisan yang membabitkan penyampaian fakta atau idea dengan menggunakan bahasa yang menarik dan berkesan berdasarkan pengetahuan yang tersusun baik.  Retorik melayu klasik sama seperti retorik moden kerana ia turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual.

Dua aspek penting tentang retorik ialah pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan bahasa yang baik dan pengetahuan tentang sesuatu perkara yang akan disampaikan menggunakan bahasa. Retorik mempunyai ciri-ciri umum seperti mempunyai bahasa, pemikiran dan perasaan yang tepat dan baik dalam penulisan atau gaya lisan. Ia juga memerlukan kekemasan dan wacana yang tersusun. Penghasilan retorik yang berkesan perlu melibatkan penggunaan satu daripada empat corak wacana, iaitu pemerian, pendedahan, penghujahan dan penceritaan.

Retorik melayu klasik yang terkandung dalam kitab Bustan al-Katibin dilihat daripada penyampaian ilmu bahasa dengan menggunakan bahasa Melayu klasik. Pemakaian bahasa tersebut merupakan ciri yang ditonjolkan dalam karya agung tersebut selain daripada penggunaan bahasa asing seperti bahasa Arab.

Ciri-Ciri Gaya Bahasa dalam Karya Agung
Pendeta Melayu Za’ba (1962:206) telah mengklasifikasikan ragam bahasa Melayu kepada 15 jenis seperti yang berikut:

Gaya Bahasa Sindiran
Penulis tidak langsung menyampaikan maksudnya dengan menyebutkan dengan tepat. Sebaliknya, ia mengiaskan atau mengarahkan kepada hal-hal yang lain.

Contoh:
Buah langsat kuning mencelah,
Kedudukan tidak berbunga pagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

(dalam pantun tersebut, seseorang menyindir sahabat atau kekasihnya kerana ia tidak lagi baik dan elok seperti sahabat atau kekasih yang baru)

Gaya Bahasa Menggiat
Gaya bahasa menggiat ini tidak tepat dan seakan-akan sindiran. Akan tetapi ia tidak mengandungi kiasan. Maksunya hanya sekadar mengusik. Kadang-kadang dengan tujuan untuk bergurau dan kadang-kadang bersungguh-sungguh sehingga boleh menyebabkan orang yang digiat berasa malu.


Contoh:
Tak tahu kah Tuan dia sudah pas darjah ssembilan di sekolah orang Putih?
(menggiat orang yang mengaku dirinya pandai disebabkan sudah tamat darjah sembilan)

Gaya Bahasa Mengejek
Bahasa mengejek ialah bahasa yang digunakan untuk mengata seseorang atau sesuatu kumpulan dengan perkataan yang tepat dan dengan gaya yang menunjukkan keburukkan serta mempermainkan supaya jelas kebodohan orang tersebut, atau supaya dia ditertawakan. Bahas mengejek ini akan membangkitkan rasa marah dan sakit hati orang yang dikata itu.


Contoh:
Pada hari raya dan terkadang hari jumaat dikenakannyalah jubah kuningnya itu. Mereka pergi ke masjid serta dengan serban kerasnya. Iaitu menunjukkan dia sudah haji, padahal tidak.
Contoh gaya bahasa mengejek di atas boleh menjadi gaya bahasa menggiat, jika disempitkan sedikit maksudnya dengan perkataan yang tepat.

Gaya Bahasa Terbalik
Bahasa terbalik ini ialah bahasa yang menggunakan perkataan yang berlawanan dengan maksud yang dikehendaki dan maksudnya difahami dengan apa yang berlawanan daripada apa yang dikatakan itu.

Contoh:
Baik budi emak si Randang
Dagang lalu ditanakkan
Tidak berkayu rumah diruntuh,
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan
Kera di hutan disusui
(seloka Melayu)



Gaya Bahasa Merajuk
Gaya bahasa merajuk juga dikatan seperti bahasa terbalik, tetapi ia tidak membawa maksud seperti bahasa terbalik. Sebenarnya gaya bahasa terbalik ini menunjukkan perasaan menarik diri atau kecil hati oleh sebab sesuatu perbuatan yang dirasakan menghina dan tidak wajar.
Contoh:
Sudahlah! Kita pun boleh cari sendiri. Ada nyawa adalah rezeki. Asal diikhtiarkan tak kan sungguh berharapkan harta orang.

Gaya Bahasa Tempelak
Gaya bahasa ini ialah gaya bahasa yang menunjukkan kesalahan seseorang dengan tepat setelah dilakukannya, supaya ia menyedari ketaksirannya sebelum bertindak, dan supaya ia beringat pada masa-masa yang akan datang.

Contoh:
Waktu mewah harga getah dahulu, tak ingat, sekarang baru tahukan diri.

Gaya Bahasa Herdik
Gaya bahasa ini juga sama seperti gaya bahasa tempelak. Tetapi tujuannya untuk menu jukkan  kesalahan pada masa sekarang bukan pada masa yang silam dan ia kerap kali diucapkan dengan kasar serta mengandungi sedikit ejekan.

Contoh:
Inilah orang muka tak malu! Hidup dengan minta sedekah sahaja, ke sana menadah ke sini menjilat!
Gaya Bahasa Melampau
Gaya bahasa melampau ini ialah sejenis ragaman bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu sangat besar dan sebagainya dengan perkataan melebih-lebihkan sesuatu daripada yang sebenar. Semua orang yang mendengar faham bahawa yang dikatakan itu adalah tidak benar.

Contoh:
Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan (iaitu perkara yang sedikit dijadikan besar atau dibahaskan panjang-panjang)

Gaya Bahasa Naik
Gaya bahasa naik ialah sejenis ragaman yang menguatkan tujuan kata dengan membawa gambaran fikiran yang beransur-ansurnaik dari dataran yang kendur ke dataran yang semakin terik dan semakin tegang kepada pembaca. Gaya bahasa naik ini, membawa pendengar dari bawah selangkah demi selangkah hingga sampai ke tengah dan dari tengah, selangkah demi selangkah pula hingga sampai ke atas sekali.
Contoh:
Sudahlah sekolahnya kerajaan buatkan, gaji guru-gurunya pun kerajaan yang bayarkan, ya! Buku-buku sekolahpun kerajaan belikan. Bukan itu saja, tetapi sehingga padang bola dan bola yang disepak itu pun daripada limpah kurnia kerajaan juga.

Gaya Bahasa Pertanyaan Ingkar
Gaya pertanyaan ingkar ialah pembahasnya yang disusun dengan cara pertanyaan, tetapi bukan pula pertanyaan kerana tidak mengetahui sesutu hal. Maksudnya di sini, ialah pertanyaan seolah-olah mengejek yang bertujuan untuk menguatkan jawapan yang telah dimaklumkan atau yang tidak dipastikan.
Contoh:
Apakah gunanya kita telah dihantar hidup di dunia ini jikalau tiada tujuan yang lebih tinggi daripada mencari kesenangan, bersuka-suka, mengirakan faedah diri sendiri dan memasukkan segala kemahuan hawa nafsu sahaja?

Gaya Bahasa Lain
Terdapat beberapa ciri gaya bahasa lain dalam karya agung. Antanya ialah simile. Simile ialah perumpamaan. Perkataan simile berasal daripada perkataan latin yang bermaksud ‘seperti’. Simile merupakan perbandingan terus iaitu membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita menganggapnya sama. Simile ditandai dengan kata seperti, laksana, bagai, umpama, bak, sebagai, penaka, serupa, ibarat dan sebagainya.
            Gaya bahasa simile merupakan antara gaya bahasa yang banyak ditemui dalam karya agung. Simile digunakan untuk memperindahkan lagi bahasa perbandingan dalam sesuatu karya agung.
Contoh:

“cahaya ukanya gilan-gemilang, seperti cahaya matahari”
                                                (Sejarah Melayu, hlm. 25)


“... seperti ular berbelit-belit lakunya”
(A.  Samad, Hikayat Amir Hamzah)

“... seperti orang berkelahi dalam mimpi”
                        (Hikayat Abdullah)
“Dan lagi pula Yamtuan Besar jadi seperti perempuan sahaja, jika diberinya makan, maka barulah ia makan”
                        (salasilah Melayu Bugis)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan