photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Isnin, 5 Mei 2014

SALASILAH KETURUNAN DALAM MASYARAKAT ADAT PERPATIH

Adat Perpatih adalah amalan dan menjadi suatu kebiasaan dalam upacara hidup masyarakat kita dan adalah berdasarkan kepada hukum Islam seperti kata-kata adat berikut:

            Adat bersendi hukum
            Hukum bersendi Kitabullah
            Kuat adat, tak gaduh hukum
            Kuat hukum, tak gaduh adat
            Ibu hukum muafakat
            Ibu adat muafakat

Maksud kata-kata adat tersebut adalah adat yang telah dicipta adalah berlandaskan kitab yang telah diturunkan oleh Allah. Adat dan hukum adalah selari dan tidak bercampur aduk kerana adat digubal dengan merujuk kepada hukum Allah terlebih dahulu. Justeru adat dan hukum adalah kunci muafakat.

Istilah adat sebagai suatu undang-undang untuk mengatur kehidupun bermasyarakat telah disepakati oleh ketua-ketua adat. pengaruh adat ini menurut tafsiran mereka adalah berasaskan kepada kata-kata adat berikut:

            Pertama firma Allah
            Kedua sabda nabi
            Ketiga kata pusaka
            Keempat kata muafakat
            Kelima kata berteromba
            Keenam kata bersalasilah

Maksud kata-kata adat di atas adalah undang-undang utama adalah mengikut hukum Allah, kemudian hadis-hadis nabi, seterusnya adat, kemudian diikuti oleh hasil perbincangan, seterusnya kata-kata hikmah dan yang terakhir adalah kata-kata daripada ahli keluarga.

Adat Perpatih sangat mementingkan keturunan kerana, melalui keturunan boleh membentuk jati diri yang mantap. Keturunan seseorang bagi mencari salasilahnya hanya dapat ditentukan dalam dua belas tenggang (generasi) sahaja, sama ada ke atas mahupun ke bawah. Orang-orang tua dahulu hanya dapat menyusun seperti berikut:

Bilangan ke bawah:
      1.          1.  Saya
      2.           2.. Anak
      3.           3. Cucu
      4.           4.  Cicit
      5.           5. Ciut
      6.           6. Gamint
      7.            7.Cuntit
      8.           8. Muntit
      9.          9.  Piat
  10.           10. Piut
  11.            11.Lekar
  12.            12.Beramin

Bilangan ke atas
1.         Saya
2.         Ayah/emak
3.         Aki/atuk/nenek/wan/opah
4.         Moyang
5.         Muit
6.         Canggah
7.         Warit
8.         Warin
9.         Onang
10.       Anin
11.       Kalupak
12.       Buyut

Namun begitu biasanya kita hanya berpeluang menemui sehingga peringkat moyang sahaja. Kata-kata adat di bawah adalah sebagai penegas akan kepentingan keturunan seseorang itu dijaga dan diketahui.

            Pertama tali perwaris
            Kedua tali pesaka
            Ketiga tali keluarga
            Tali perwaris jangan putus
            Tali pesaka jangan pecah
            Tali keluarga jangan diabaikan

            Asal asal usul usul
            Asal awal jangan ditinggalkan

            Tau nang kecil pada nang besar
            Tau nang besar pada nang tua
            Tau nang tua pada nang lama
            Tau nang lama pada dulu-dulu
            Tau nang dulu-dulu pada nenek moyang

            Walau rumput mati terlapah
            Akar tidak mahu tenggelam
            Walaupun laut menjadi marah
            Asal keturunan jangan dipadam


Melalui kata-kata adat ini kita dapat melihat bahawa dalam Adat Perpatih bahawa keturunan adalah sangat penting. Mereka diminta untuk menjaga tali kekeluargaan agar tidak berpecah belah tidak kira apa-apa yang berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan