photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Rabu, 2 April 2014

ADAT PERPATIH

Adat Perpatih adalah sebuah adat yang sangat kuat dipegang oleh pengamalnya dan masih di amal di Negeri Sembilan sehingga kini. Walaupun begitu, adat ini hanya di amalkan dibeberapa buah daerah di Negeri Sembilan seperti Seri Menanti dan Rembau. Hal ini kerana, daerah-daerah lain sudah mengalami perubahan mengikut zaman. Meskipun begitu, Adat Perpatih masih tetap dihormati oleh masyarakat di Negeri Sembilan.
            Buktinya, sewaktu perlantikan orang besar negeri adat-adat perpatih yang asal masih dikekalkan. Hal ini, telah menjadikan Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah unik kerana berbeza daripada negeri lain. Perbezaannya ini adalah daripada segi perlantikan. Di Negeri Sembilan perlantikan orang-orang besar mestilah dilakukan secara perbincangan. setelah kata sepakat dicapai barulah calon boleh dilantik menjadi orang besar yang sah.

            Selain itu, masyarakat Negeri Sembilan sangat menghargai hubungan kekeluargaan. Mereka amat menjaga hubungan tali persaudaraan.  Hal ini kerana, dalam Adat Perpatih keturunan sangat penting untuk perlantikan pemimpin Buapak, Lembaga, Penghulu, Undang dan Raja. Semua ini dipilih daripada keturunan yang baik-baik dan tidak boleh rosal keturunannya. Contohnya, anak luar nikah akan digugurkan daripada pesaka.

2 ulasan:

  1. Terima kasih memartabatkan Adat Pepatih dalam blog anda. (Anak Nogori)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama anak nogori. adat perpatih adalah sebuah adat yang unik. Pengkajian berkenaan adat ini amat menarik sekiranya diteliti dengan lebih dalam.

      Padam