photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Rabu, 2 April 2014

Amalan-amalan Adat Perpatih dari Segi Politik



 Pemilihan Orang Besar Adat
Sistem politik di Seri Menanti mempunyai hierarkinya yang tersendiri. Pemilihan orang besar adat seperti lembaga dan buapak dilakukan secara demokrasi. Sewaktu pemilihan lembaga, dalam bahasa adat dipanggil kerapat akan dilakukan oleh Dato’ Lembaganya. Kerapatan ini dilakukan dengan cara mengumpul anak buah dan waris keluarga calon lembaga yang faham tentang soal cara bagaimana pemilihan orang dalam suku untuk dijadikan Dato’ Lembaga. Calon yang terpilih akan dilantik secara automatik setelah kata sepakat diperoleh. Calon tersebut akan menyandang Dato’ Adat selama satu musim, sekiranya tidak ada masalah sewaktu dibawah pentadbiran beliau maka akan diadakan kendiri kerja. Amalan ini masih diteruskan sehingga kini.

Adat Menyandar
Adat menyandar dilakukan sebelum istiadat kerjan dilaksanakan. Istiadat menyandar adalah bertujuan untuk menjemput lembaga yang dilantik yang berada di rumah  Telapak untuk dibawa balik ke rumah Pesaka iaitu rumah isterinya. Misalnya adat menyandar ini dapat dilihat di Luak Terachi di mana Dato’ Menteri Maharaja Sulaiman b. Kasim di rumah telapaknya di Air Hitam untuk disandarkan di Ulu Bendul. Kata-kata perbilangan yang digunakan dalam istiadat ini seperti:

           


            Kok berjalan biarlah selangkah
            Kok duduk dah tinggi sekuku
            Kok berdiri dah tinggi seranting
            Kok berbicara dengan adat.

Maksud perbilangan ini adalah yang ditugaskan untuk menjemput mestilah mempunyai pangkat yang sama dengan lembaga yang telah dipilih. Jemputan itu mestilah dilakukan dengan penuh adat istiadat.

            Anak-anak lembaga akan turun dari rumah telapak menuju ke rumah pesaka dengan membawa lembing, pedang, keris dan rebana. Setelah sampai di hadapan rumah, isteri lembaga tersebut turun dari rumah untuk menyambutnya. Setelah itu, lembaga akan dibawa naik ke rumah oleh buapak denagn berkata  “Dato’ orang semenda kita, Dato’ Menteri Maharaja ini sudah saya jemput.”  Berkata lembaga pihak isterinya pula “bawalah di ke hadapan”. Dalam pada itu, buapak lembaga tersebut akan berpesan kepada lemabaga sebelah isterinya dengan berkata “Dato’, saya sekarang ini hendak menghantar lembaga saya ini yang bergelar Dato’ Menteri Maharaja Sulaiman b. Kasim untuk disandarkan di rumah pesaka dato’ ini. Jadi elok buruknya samalah kita jaga.” Lembaga pula kan menjawab “ kecil besar tapak tangan nyiru saya tadahkan kerana saya dapat orang menyemenda ini dalam kalangan orang lembaga juga iaitu:

            Kok duduk sama rendah
            Kok duduk sama tinggi
            Kok berjawatanpun sama dengan saya,

            Jadi saya ucapkan berbanyak terima kasih”.

Maksud kata-kata di atas adalah yang telah dilantik mempunyai jatawan yang sama dengan orang yang menyambut. Justeru, mereka menerima dengan hati yang terbuka.



            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan