Raja
Ali haji sangat terkenal dalam bidang bahasa. Beliau telah menghasilkan Bustan
al- Katibin pada tahun 1850. Bustan al-Katibin membawa maksud Taman
Pujangga-pujangga. Bustan al- katibin merupakan buku tatabahasa Melayu. Buku
ini dimulakan dengan pendahuluan, 30 Fasal dan penutupnya. Mukadimah atau
pendahuluan Bustan Al Katibin menjelaskan kelebihan ilmu dan akal manakla
bahagian isi yang terdiri daripada 30 pasal dapat dibahagikan kepada 3 kelompok
iaitu tata ejaan, pembahasan kelas kata dan analisis kalimat. Tata ejaan
dimuatkan dalam fasal 1 hingga fasal yang ke 10.
Pembahagian kelas kata pula dimuatkan dalam fasal 11 hingga fasal yang ke
14. Raja Ali haji membahagikan kelas kata kepada ism iaitu
nama, fi’l iaitu perbuatan dan harf iaitu
partikel. Pembicaraan mengenai aspek analisis kalimat pula bermula pada fasal
15. Menurut para sarjana bahasa Melayu, Raja Ali Haji berjaya membuat ulasan
yang baik dalam bahagian pertama buku ini. Namun, bahagian kedua buku ini sukar
diterima kerana beliau cuba untuk menyesuaikan tatabahasa Melayu dengan
tatabahasa Arab. Walau bagaimanapun, karya Ali Haji ini sangat dihargai kerana
usahanya itu dianggap sebagai percubaan awal untuk menyusun tatabahasa Melayu.
Falsafah Alam
Sebelum
kita melihat dengan lebih jauh mengenai falsafah alam ini, kita lihat dulu
definisi alam sekitar. Alam sekitar membawa maksud keadaan sekeliling
atau lingkungan. Perkataan alam sekitar merujuk kepada apa sahaja yang
melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk
kepada fenomene fizikal yang melingkungi organisma di muka bumi. Alam sekitar
terbahagi kepada beberapa kompenan . Komponen yang pertama ialah unit landskap
yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia seperti
haiwan, tumbuh-tumbuhan batu-bata dan fenomena semula jadi yang berlaku.
Komponen yang kedua pula ialah sumber sejagat semula jadi serta fenomena
fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, iklm,
sinaran, cas elektrik dan kemagnetan yang tidak wujud hasil daripada kegiatan
manusia. Menurut Zaini Ujang (1993) alam sekitar memberi manfaat kepada
manusia sebagai simbol daripada Allah untuk memantapkan keimanan, menjadi buku
ilmu yang akan memimpin manusia yang boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan
mereka.
Falsafah alam sekitar adalah ilmu yang menumpukan kepada alam dan manusia
dituntut agar menggunakan kebijaksanaan mereka semasa bertindak ke atas alam.
Manusia perlu menghormati alam ini kerana mereka adalah pengguna sumber alam terbesar.
Falsafah alam juga merupakan salah satu cabang ilmu falsafah etika. Etika alam
sekitar merupakan kajian yang menekankan hubungan, nilai dan status moral
manusia terhadap persekitaran mereka termasuklah benda bernyawa dan benda tidak
bernyawa. Etika ini juga merujuk kepada kepentingan alam sekitar di samping
mengambil kira suasana penempatan manusia sebagai pengguna terbesar terhadap
sumber alam. Kesimpulannya, falsafah alam menurut Hamka mempunyai ikatan kental
dengan falsafah ketuhanan yang mampu menjadi falsafah kehidupan bagi umat
manusia.
Perkembangan falsafah alam sekitar ini muncul semenjak tamadun Greek lagi.
Antara ahli falsafah yang membincangkan falsafah alam ini ialah Aristotle.
Beliau mengenal pasti tentang keperluan untuk satu pemerhatian terhadap biologi
dan geologi. Walau bagaimanapun, beliau tidak berminat untuk melindungi alam
semula jadi ini. beliau berpendapat semua kejadian di alam ini adalah untuk
kegunaan manusia serta perbuatan manusia juga ditentukan oleh alam ini. oleh
itu, manusia tidak boleh dipersalahkan terhadap apa jua tindakan mereka.
Menurut ahli falsafah agama seperti Kalus Klostermaier, kepentingan
memahami alam sebagai unsur yang mempunyai nilai ketuhanan, bukanlah sebagai
jalan terakhir tetapi jalan sebenar dalam memastikan alam sentiasa dihargai.
Agama Hindu dan kristian juga mengatakan kedudukan alam wajib dihargai sebagai
makhlum ciptaan Tuhan untuk dihormati. Kegagalan manusia memahami alam dengan
baik adalah disebabkan oleh kegegalan mereka memahami ajaran agama.
Dalam pemikiran Hamka, alam membantu masyarakat untuk saling berkeyakinan
bahawa segala yang ada di alam ini telah terancang oleh si Pembuat. Falsafah
alam membawa manusia mengenali dan mendekati Tuhan sehingga bersepdu menjadi
falsafah ketuhanan. Falsafah alam dikatakan menjadi peneraju kepada pembentukan
falsafah ketuhanan dalam diri manusia. Agama menyarankan manusia memahami alam
dalam bentuk penilaian spiritual agar mereka mengetahui tujuan alam dijadikan
untuk mereka.
Unsur-unsur
Alam dalam Bustan Al-Katibin
Manusia
yang hidup di dalam alam, boleh juga dikatakan sebagai manusia ialah alam.
Manusia hidup di dalam ruang alam. Mereka tinggal di tepi sungai, tepi bukit,
tepi pantai, lembah, tepi dan sebagainya. Tambahan pula, sungai, laut dan hutan
merupakan tempat manusia mencari rezeki. Manusia juga telah mempelajari sifat
sifat alam misalnya, kejadian pasang surut, tabiat binatang dan sebagainya.
manusia juga perlu mengkaji alam ini dengan teliti daripada sekecil- kecil
flora dan fauna kepada yang bersaiz gergasi.
Berikut
merupakan beberapa contoh falsafah alam dalam Bustan Al-Katibin
Contoh
1 :
“ Tiada pada langit itu kira-kira yang
lapang daripada awan dan mega”
(Bustan
al-Katibin : 45)
Contoh
2 :
“ Kacang itu jika disayur dengan santan
terlalu baik, istimewa pula dibubuh garam, maka bertambah-tambahlah baiknya”
(Bustan
al-Katibin : 28)
Contoh
3 :
“ Atau suara binatang seperti berkiok
kepada ayam dan mengembek kepada kambing dan menguak kepada kerbau, semuanya
nama bagi suara belaka.
(Bustan
al-Katibin : 38)
Contoh-contoh di atas menunjukkan penggunaan unsur alam dalam Bustan
Al-Katibin. Misalnya, dalam contoh yang pertama terdapat penggunaan perkataan langit danawan. Contoh yang kedua pula menunjukkan
penggunaan unsur tumbuhan iaitu sayur dan juga santan. Contoh yang ketiga pula menggunakan unsur binatang
iaitu kambing, ayamdan kerbau.Walau bagaimanapun, tidak banyak falsafah alam yang
dapat dilihat dalam Bustan al-Katibin. Hal ini kerana, buku ini banyak
menceritakan tatabahasa Melayu.
Falsafah Islam dalam Karya Agung Bustan Al-Katibin
Terdapat beberapa cabang falsafah. Salah satunya ialah falsafah islam.
Perkataan islam membawa erti penyerahan dan pengabdian. Sebagai ‘deen’, Islam
merupakan penyerahan dan pengabdian sepenuhnya kepada Allah S.W.T
Perkataan Islam juga boleh diertikan sebagai ketenangan. Ketenangan yang sejati
kepada manusia mengikut Islam akan mengarah kepada kecemerlangan melalui
pengabdian sepenuhnya kepada Allah S.W.T Falsafah Islam menerangkan pertalian
antara manusia dengan penciptanya, antara manusia dengan manusia dan juga
manusia dengan persekitarannya. Kesemua ini berpandukan kepada sumber al-Quran
dan wahyu. Al-Quran merupakan panduan dan pegangan yang ulung bagi umat Islam.
Hal ini telah disebutkan sendiri melalui firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dengan (Al-quran) itu Allah menunjukkan
jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut
keredhaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur)
kepada cahaya (iman) yang terang benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga)
tuhan tunjukkan ke jalan yang lurus”.
(Surah al Maa’idah: ayat 16)
Falsafah ialah satu disiplin ilmu yang mengusahakan kebenaran yang umum dan
asas. Menerangkan pertalian antara manusia dengan penciptanya, antara manusia
dengan manusia dan juga manusia dengan persekitarannya. Falsafah Islam
tidak dapat dipisahkan daripada dua sumber berautoriti iaitu al-Quran dan
as-Sunnah. Al-Quran merupakan panduan dan pegangan yang ulung bagi umat Islam.
Keesaan Allah S.W.Tatau tauhid menjadi asas kepada falsafah Islam.
Keyakinan kepada kepercayaan ini mempunyai implikasi yang besar terhadap
kehidupan manusia. Kehidupan dan gelagat manusia sebagai individu dan kehidupan
manusia berorganisasi dan bermasyarakat sudah pasti dipengaruhi oleh
kepercayaan ini. Bahkan falsafah dan sikap hidup manusia dipengaruhi oleh
kepercayaan yang diyakini dan dianutinya. Sesungguhnya, wahyu juga menjadi
teras falsafah islam. Wahyulah yang membentuk aspek-aspek hidup manusia. Hal
ini jelas dari segi sosial, ekonomi, politik, perundangan, kesenian, pendidikan
dan lain-lain. Pendek kata, kesemua aspek ini dikuasai di bawah kawalan wahyu.
Ramai telah telah memberikan pendapat masing-masing mengenai falsafah
bahasa. Menurut Al-Farabi, falsafah itu ialah ilmu pengetahuan tentang alam
yang wujud dan bertujuan untuk menyelidik hakikat yang sebenar. Menurut Ahmad
Fuad al-Ahwani pula, falsafah Islam adalah pembahasan tentang alam dan manusia
yang disinari ajaran Islam. Mustofa abdul Razik menyatakan bahawa falsafah
Islam adalah falsafah yang tumbuh di negeri Islam dan dibawah naungan negeri
Islam tanpa memandang agama dan bahasa pemiliknya. Ruang perbincangan falsafah
Islam berkisar kepada beberapa persoalan utama iaitu persoalan ketuhanan,
persoalan insan, persoalan alam dan persoalan kehidupan.
Persoalan ketuhanan berkait rapat dengan agama Islam. Islam sebagai ‘deen’
merupakan satu cara hidup yang lengkap serta komprehensif. Ia mencakup segala
aspek pengendalian hidup untuk untuk individu, masyarakat dan negara. Islam
memandang agama bukan ciptaan manusia. Ia turun dari langit, melalui para rasul
dan dibuktikan dengan kitab-kitab. Islam diasaskan kepada keesa’an hanya kepada
Allah S.W.T. bahkan manusia diciptakan semata-mata untuk menghayati hidup untuk
mendapat keredaan Allah s.w.t. Penciptaan manusia di dunia ini hanyalah untuk
menyembah yang maha esa. Hal ini bertepatan dengan ayat al-Quran yang
bermaksud:
“ tidaklah Aku jadikan jin dan manusia
melainkan supaya mereka menyembah aku”.
(Surah al-Dhariyat: ayat 56)
Persoalan insan merupakan salah satu persoalan yang penting dalam falsafah
islam. Insan bertindak mengaplikasikan falsafah dalam kehidupan. Di dalam
islam, insan adalah makhluk yang istimewa. Insan dikurniakan fizikal, akal,
rohani, fitrah dan kuasa untuk memilih. Akal dapat membezakan manusia dengan
binatang. Ia juga merupakan salah satu faktor yang membezakan darjah manusia dengan
manusia yang lain. Hal ini dapat dikaitkan dengan falsafah yang ditulis oleh
Raja Ali Haji di dalam kitabnya:
“ shadan jika demikian nyatalah apabila
tiada ilmu dan akal, alamat tiadalah ia mencium bau kemuliaan dan sangatlah
jinak kehinaan kepadanya, maka terbukalah pintunya, maka masuklah kehinaan pada
tiap-tiap pintu itu.
Maksudnya di sini ialah manusia yang tidak berilmu itu tidak akan dipandang
mulia, bahkan mereka akan dipandang hina. Manusia telah diciptakan oleh Allah
S.W.T mempunyai akal. Akal yang membezakan manusia dengan binatang. Akal saling
berkait rapat dengan ilmu. Islam sangat mementingkan ilmu. Hal ini dapat
dibuktikan melalui hadis nabi yang berbunyi:
“ barang siapa yang mati di dalam
keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam
syurga kelak satu darjat dengan para nabi”.
Dalam kitabnya, Bustan al-Katibin, Raja Ali Haji memulakan dengan mukadimah
dengan judul “fi fadhilati al-ilmu wal aqlu” Maksudnya kelebihan ilmu
dan akal. Menurutnya lagi, akal adalah sebaik-baik perhiasan. Jikalau
beberapa pun bangsa jika tiada ilmu , akal dan adab, ke bawah juga jatuhnya,
yakni kehinaan juga diperoleh. Di sini Raja Ali Haji mengaitkan hubungan yang
amat erat antara ilmu, akal dan adab. Ertinya, untuk menjadikan akal dan adab
sesuatu bangsa atau masyarakat menjadi lebih baik, maka perlulah mendapatkan
ilmu yang benar. Lebih tegas lagi, Raja Ali Haji menyatakan:
“Man
sa’a adabahu dha’an nasbahu,
ertinya
:barangsiapa jahat adabnya sia-sialah bangsanya.”
(Bustan
al-Katibin : 4)
Alam mempunyai hubungan yang bermakna dengan persoalan ketuhanan dan insan.
Alam ialah makhluk Allah S.W.T yang mampu difahami dan diketahui insan.
Kefahaman insan tentang alam membolehkan insan berfungsi sebagai hamba
dan khalifah memanfaatkan alam bagi meningkatkan kualiti kehidupan. Kehidupan
insan mempunyai peranan dan matlamat yang jelas kehidupan insan tidak
berakhir dengan kematian kehidupan insan tidak berakhir dengan kematian Insan
dituntut agar mencari keredaan Allah S.W.T.
Falsafah Melayu
Tamadun
Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu punca,
mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza daripada segi pengaruh
alam sekitar. Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas
sebagai penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan idea yang dapat
dikesan daripada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Melayu dapat
didefinisikan sebagai nama suatu bangsa dan bahasa termasuk di Semenanjung
Malaysia iaitu mengikut cara hidup orang Melayu. Di Negara Malaysia, orang
Melayu didefinisikan menurut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2).
Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur dalam bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan
atau di Singapura atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau
di Singapura.
Sejarah
peradaban Melayu yang bersaskan kepada perkembangan budaya Melayu merupakan
fenomena penting dalam pembinaan identiti Melayu. Peradaban Melayu telah dibina
oleh kelompok- kelompok Melayu di alam Melayu secara umumnya dan daripada
keadaan terbinanya identiti Melayu yang bersasakan kepada tradisi sejarah yang
sama yang telah dilalui oleh kumpulan Melayu tersebut.
Kehidupan masyarakat Melayu sememangnya tidak terlepas daripada peraturan dan
aturan yang perlu dipatuhi berdasarkan kepada kesepakatan masyarakat.
Masyarakat Melayu sangat mementingkan aspek nilai dalam kehidupan untuk
menjamin kesejahteraan masyrakat. Nilai yang disampaikan oleh masyarakat Melayu
bersifat beradab, muafakat dan penuh dengan kesusilaan bersesuaian dengan
identiti masyarakat Melayu. Pemupukan nilai- nilai tersebut dalam masyarakat
Melayu membolehkan seseorang itu diterima sebagai sebahagian daripada
masyarakat. Nilai- nilai murni yang sememangnya menjadi sesuatu yang dekat
dengan masyarakat Melayu merupakan perkara penting yang menjadi tunjang kepada
identiti orang Melayu. Nilai dan etika yang dipegang menjadi cerminan dan
membentuk jati diri dalam interaksi dan kehidupan bermasyarakat. Sebagai
contoh, interaksi yang beradab, sopan dan menghormati orang lain merupakan norma-
norma yang erat dengan kehidupan masyarakat Melayu. Hal ini bersesuaian dengan
konsep orang Melayu yang sering berbudi bahasa dengan orang lain.
Bagi golongan muda contohnya, mereka diajar supaya berbudi bahasa dan bercakap
lemah lembut dan tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan orang yang
lebih tua daripada mereka. Pengamalan tingkah laku yang bersopan sangat penting
dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hal ini demikian kerana nilai yang diamalkan
akan menghasilkan komunikasi dan tingkah laku yang penuh tatatertib yang
beradab dan penggunaan bahasa yang penuh dengan kesantunan. Dengan ini dapat
mengelak daripada berlakunya pertelingkahan dan sikap tidak menghormati antara
satu sama lain. Selain itu, masyarakat Melayu mempunyai penilaiannya yang
tersendiri terhadap sikap berbudi bahasa. Masyarakat Melayu telah terdidik
untuk mengamalkan adab sopan, tutur kata yang baik dan tingkah laku mengikut
adab- adab ketimuran dan Melayu sejati. Bagi anggota masyarakat yang tidak
mengamalkan nilai berbudi bahasa dalam kehidupan mereka akan menimbulkan
pandangan negatif oleh masyarakat.
Kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang menjadi amalan turun-
temurun menggambarkan identiti orang Melayu yang berpegang teguh kepada adat
nenek moyang. Masyarakat Melayu masih lagi mengamalkan adat- adat tersebut
sehingga ke hari ini. Antara adat yang masih lagi diamalkan ialah adat merisik
dan meminang, adat cukur jambul, adat melenggang perut bagi perempuan yang
hamil dan sebagainya. Ketinggian budi bahasa dalam masyarakat Melayu juga dapat
dilihat dalam ungkapan puisi Melayu tradisional. Dunia Melayu mempunyai
pelbagai bentuk dan puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam,
seloka, teromba, peribahasa berangkap, nazam, teka- teki, dabus dan sebagainya.
Pantun merupakan puisi yang paling lama digunakan oleh orang Melayu sejak
zaman dahulu lagi.
Pantun dikaitkan dengan alam semulajadi sebagai perbandingan dan perlambangan
yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat. Pantun dijadikan sebagai
medium untuk menyampaikan nasihat atau memberikan sindiran kepada seseorang
secara halus. Oleh itu, orang yang ingin diberi nasihat atau sindiran tidak
cepat berasa marah dan tidak berlaku salah faham. pantun memancarkan pemikiran
masyarakat Melayu lama yang amat menekankan aspek kesantunan dan budi bahasa
dalam kehidupan seharian. Menurut Alwi Salim dalam Rashid Md Idris (2011),
kegunaan pantun meliputi pelbagai perkara iaitu sebagai proses soaiolasi
(mendidik) seperti untuk tujuan menasihat atau membentuk moral yang lebih baik
dalam kalangan kanak- kanak atau orang muda, misalnya melalui pantun nasihat;
melepaskan rasa kasih sayang dan rindu dendam terutama dalam kalangan orang
muda; sindiran dan tempelak; menyatakan terima kasih atau penghargaan terhadap
budi atau jasa yang ditaburkan; mencabar ketangkasan fikiran, misalnya dalam
pantun teka teki; adat istiadat yang formal seperti dalam upacara peminangan
dan sebagainya; menekankan pendapat dan menjelaskan maklumat terutamanya sangat
berkesan apabila berhujah supaya pendapat menjadi lebih berasas.
Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu
berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama,
adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan,
disisipkan dengan latar alam. Kerana alam itu indah, maka unsur-unsur alam
diaplikasikan di dalam setiap rangkap pantun.
Falsafah
Melayu dalam Bustan al- Katibin
Contoh 1
“Maka hendaklah diperbuat tiap- tiap seorang pada tatkala
berkirim surat- suratan dengan perkataan halus, jika pada pencuri sekalipun.”
( Bustan al- katibin, m/s :48)
Berdasarkan
petikan daripada Bustan al- Katibin di atas dapat dijelaskan Falsafah
Melayu yang ingin diketengahkan adalah berkaitan dengan budi pekerti orang
Melayu yang sentiasa menjaga setiap tutur bicaranya dan menggunakan bahasa yang
halus dan sopan semasa bercakap dengan orang lain walaupun orang tersebut
merupakan pemcuri sekalipun seperti yang terdapat dalam petikan di atas. Hal
ini bertujuan untuk mengekalkan hubungan baik antara seseorang individu dengan
individu yang lain.
Contoh
2
“
Demikian lagi apabila selesai surat itu disuratnya, hendaklah dibaca dahulu
dimuqabalah kan. Dan tiada harus orang lain yang membacanya jika tiada dengan
izinnya dan tiada pula orang lain yang menyuratkannya. Bagi orang lain yang
mengkhabarkan barang yang di dalam surat itu kepada seseorang lain jika tiada
dengan izinnya tuan yang punya surat itu, adanya.”
(Bustan al- Katibin, m/: 51)
Petikan
di atas pula dapat dilihat mengetengahkan mengenai peribadi orang Melayu yang
sering menjaga hubungan baik denga orang lain. Bagi masyarakat Melayu hubungan
baik yang terbina sangat penting bagi mengekalkan keharmonian dalam sesebuah
masyarakat. Oleh itu, pengekalan hubungan yang baik dalam masyarakat begitu
dituntut dan perlu diamalkan oleh setiap masyarakat. Berdasarkan petikan diatas
menerangkan mengenai sikap masyarakat Melayu yang tidak akan sesekali mengambil
atau menggunakan sesuatu yang bukan miliknya kecuali dengan pengetahuan atau
kebenaran daripada pemilik sebenar.
Secara ringkas, kebudayaan Melayu adalah hasil asimilasi dan adaptasi daripada
dua budaya purba dan disesuaikan mengikut geografi setempat. Hasil dari pertembungan, asimilasi, adaptasi
dan kesusuai penggunaan dalam norma hidup akhirnya melahirkan satu kebudayaan
yang juga bertamadun tinggi iaitu tamadun dan kebudayaan Melayu.Dari falsafah perbidalan dalam kebudayaan Melayu ini juga, telah
mencetuskan idea-idea yang sinonim seperti itu. Banyak perbidalan tercipta
hasil peristiwa dan tanggapan masyarakat dengan kefahaman yang begitu mendalam
dan tepat. Ciri-ciri pengamatan dan kepintaran ini telah menghidupkan daya
kreatif Melayu dan terus berkesinambungan mengikut kesesuian tempat dan zaman.
Ciri-ciri ini telah melonjakkan kedudukan falsafah kebudayaan dan pemikiran
Melayu sebagai salah satu kebudayaan bangsa manusia yang tua dan ulung dalam
dunia. Berdasarkan falsafah pemikiran dan adat kebudayaan Melayu pada
penelitian sarjana barat, adalah lebih tinggi atau standing dengan bangsa asing
yang maju tetapi tidak mendapat tempat sewajarnya dalam pemikiran bangsa Melayu
itu sendiri. Mereka sangat membanggakan amalan kebudayaan bangsa asing tanpa
mengetahui kebudayaan dan falsafah kebudayaan bangsa Melayu sendiri adalah
lebih jauh tinggi dan bermutu.
Falsafah Bahasa
Muntasyir
(1987) dalam Asep Ahmad Hidayat, falsafah bahasa merupakan suatu penyelidikan
secara mendalam terhadap bahasa yang digunakan dalam falsafah sehingga dapat
dibezakan penyataan falsafah yang mengandungi makna. Menurut Hashim Haji Musa
(2006) pula, falsafah bertujuan untuk meneliti dan menilai bangsa sebagai
pembawa makna, sebagai satu alat perhubungan, perakaman, penimbunan, pewarisan
dan sebagai lambang atau simbol yang mewakili alam, kewujudan, kejadian, kelakuan
dan keadaan bagi seluruh alam kesedaran atau realiti manusia. Searle dalam
Awang Sariyan (2007) pula mendefinisikan falsafah bahasa sebagai usaha
menganalisis ciri-ciri umum bahasa seperti makna, rujukan, kebenaran,
penyahihan, lakuan pertuturan dan keperluan logis. Definisi lain tentang
falsafah bahasa diberikan oleh Soemarsono (2004) yang menyatakan bahawa
falsafah bahasa itu sebagai kajian falsafah tentang pengetahuan konseptual
daripada cara-cara bagaimana pengetahuan itu dapat diungkapkan dan dikomunikasikan
dalam bahasa. Falsafah ini menjadikan bahasa sebagai objek perbincangan. Secara
khusus, bahasa yang akan dibincangkan tidaklah tertumpu kepada struktur
luarannya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis, tetapi perbincangan
berfokus kepada fungsi atau peranan bahasa dalam menyalurkan maklumat atau
mesej (Mohd Rashid Md. Idris, 2011 : 1).
Terdapat kepelbagaian dalam mengertikan falsafah bahasa dan bidang
kajiannya. Para tokoh telah mengemukakan pendapat yang berbeza-beza menurut
pandangan mereka sendiri. Setiapdaripada mereka mempunyai pemikiran tersendiri
berkenaan falsafah bahasa. Namun, menurut Mohd Rashid Md Idris (2011), secara
ringkasnya falsafah bahasa boleh difahami melalui tiga maksud. Pertama,
Falsafah bahasa ialah suatu penyelidikan secara mendalam terhadap bahasa yang
digunakan dalam falsafah sehingga dapat dibezakan pernyataan falsafah yang
mengandungi makna (meaningful) dan yang tidak bermakna (meaningless). Kedua,
falsafah bahasa ialah sebuah ilmu iaitu sekumpulan hasil fikiran mengenai
hakikat bahasa yang disusun secara sistematis untuk dipelajari dengan
menggunakan metode tertentu. Ketiga, falsafah bahasa ialah sebuh metode
berfikir secara mendalam, logik, dan universal mengenai hakikat bahasa.
Falsafah
Bahasa dalam Bustan al-Katibin
Berdasarkan
pengertian falsafah yang telah difahami, terdapat beberapa contoh falsafah
bahasa yang dikenal pasti telah diterapkan oleh Raja Ali Haji melalui
penulisannya dalam kitab Bustan al-Katibin. Raja Ali Haji telah menulis pada
bahagian mukaddimah Bustan al-Katibin seperti berikut :
“Amma ba’du. Fa ha dzihi muhtasaratan li
man yahtaj ‘ala ma’firatin al-huruf wa khatahu al-Melayu wa ratibatahu ‘ala
muqaddimati wa fasuli khatamati. Ertinya, inilah suatu kitab yang sampun
bagi orang yang berkehendak mengenal segala huruf Melayu dan suratannya dan aku
atur akan dia suatu muqaddimah dan beberapa fasal dan satu Khatimah.”
(Bustan al-Katibin : 3)
Bustan
al-Katibin merupakan tulisan paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun
oleh orang Melayu. Ia mengandungi ilmu-ilmu nahu (sintaksis), saraf
(morfologi), qawa’id (tatabahasa), mantiq (logik), balaghah (retorik), istidlal
(pendalilan), kalam (penghujahan), dan sebagainya. Bustan al- Katibin
mengandungi 30 fasal. 28 fasal daripadanya merupakan perbincangan terperinci
mengenai bahasa. Misalnya, fasal 2 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyinya.Pada
fasal 6 dimuatkan cara-cara menulis huruf alif hingga ya pada awal
kalimah.Fasal 11 membincangkan isim, atau kata nama. Cara penulisan Raja Ali
Haji ini menunjukkan penerapan unsur falsafah bahasa yang menekankan penyusanan
ilmu bahasa secara sistematis untuk dipelajari menggunakan metode tertentu.
Kandungan kitab Bustan al-Katibin dimulakan dengan mukaddimah atau
permulaan, seterusnya diikuti dengan 30 fasal, dan kkhatimah. Selain
membincangkan ilmu-ilmu bahasa yang terdapat dalam fasal 1 hingga fasal 28,
Raja Ali Haji turut menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan adab dan
pesanan yang berbentuk nasihat. Antaranya ialah :
“ Keempat, perkara yang tiada mendapat
‘ilmu itu barud al-himmah ya’ni sejuk hemat serta sangat pula pemalasnya
hatinya pun sangat sejuk pada mengasihani pada jalan menuntut ‘ilmu itu serta
dengan lalainya dan lupa pada tiap-tiap yang dipelajarkannya itu. Adalah
tabi’at badannya berat rupanya dan lemah pada barang yang dikerjakannya dan
sangat suka pada berbaring-baring dan tidur pada yang bukan pada waktunya. Akan
tetapi hal keadaannya dirinya itu mengetahui juga ia akan menuntut ilmu itu
sifat kepujian tetapi ia tiada kuasa melawani hawa nafsunya yang berat itu dan
yang lemah itu.”
(Bustan al-Katibin
: 9)
Berikut
adalah kandungan yang dipetik daripada kitab Bustan al-Katibin yang memaparkan
pesanan dan nasihat tentang perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu
tidak mendapat ilmu. Menurut beliau, sikap malas dan menuntut ilmu dengan lalai
menyebabkan ilmu yang ada pada seseorang itu mudah hilang. Kebiasaan masyarakat
yang suka berbaring dan tidur pada yang bukan waktunya juga menjadi salah satu
sebab ketandusan ilmu, sedangkan masyarakat mengetahui kepentingan menuntut
ilmu. Namun, hawa nafsu yang mendorong perlakuan negatif itu tidak dapat
ditentang. Di samping itu, Raja Ali Haji turut mengemukakan adab-adab ketika
berguru. Bertepatan dengan kandungan kitab Bustan al-Katibin yang diutujukan kepada
seiapa yang ingin menuntut ilmu, beliau turut meneranhkan dengan jelas
adab-adab menuntut ilmu dengan guru terlebih dahulu sebelum perkara mengenai
ilmu ditulis. Petikan daripada kitab Bustan al-Katibin adalah seperti berikut :
“ Bermula yang tersebut ini adab berguru itu sepuluh
perkara juga. Pertama-tama apabila ia pergi kepada gurunya itu maka hendaklah
ia memberi salam tatkala bertemu ia dengan gurunya itu. Dan kedua, hendaklah ia
mensedikitkan perkataan yang bukan daripada perkara ‘ilmu itu di hadapan
gurunya itu. Dan ketiga, janganlah ia berkata-kata selama belum ditanya oleh
gurunya itu.”
(Bustan al-Katibin
: 11)
Hal ini
jelas menunjukkan bahawa, Raja Ali Haji telah menggunakan bahasa sebagai
perantaraan untuk menyampaikan maklumat atau mesej sepertimana yang telah
ditekankan dalam prinsip falsafah bahasa yang dikemukakan Mohd Rashid Md Idris
(2011) iaitu bahasa yang akan dibincangkan tidak tertumpu kepada struktur
luarannya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis, tetapi perbincangan berfokus
kepada fungsi atau peranan bahasa dalam menyalurkan maklumat atau
mesej.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan