1) Konsep penulisan dalam Hikayat Khoja Maimon
Melalui
penulisan Hikayat Khoja Maimon ini dapat dilihat bahawa pengarang ingin
menonjolkan tema tentang kebijaksanaan dalam memberi nasihat. Hal ini demikaian
kerana HKM ini telah perlihatkan kebijaksanaan burung bayan yang telah
bertindak dengan bijak untuk memelihara kesetiaan dan ketaatan Bibi Zainab
terhadap suaminya, Khoja Maimon. Sekiranya burung Bayan tersebut mendengar
cadangan burung toing supaya melarang Bibi Zainab bertemu anak raja, pasti dia
juga akan mati. Oleh itu burung bayan mengambil pendekatan dengan cara bercerita
bagi menarik perhatian Bibi Zainab untuk dijadikan pengajaran agar Bibi Zainab
tetap setia kepada suaminya, Khoja Maimon. Contohnya dapat di lihat pada
petikan HKM yang berikut:
Setelah hari malam,
suasana sunyi semua orang tidur, maka isteri Khoja Maimon pun dating kepada
Bayan, katanya, “Hai saudaraku, betapalah juga bicaramu akan aku ini kerana
penyakit berahiku ini makin bertambah merananya kepada wujudku.” Maka sahut
Bayan,”Sungguhpun tuan ini berahi belum juga tuan tahu aka nasal orang yang berahi
itu syair ertinya benar sekali akan orang yang berahi itu betapa ia tidur
atasnya segala yang berahi itu haram adanya. Jika demikian maka hendaklah ada
seperti Hikayat Syirin dan Ferhad, maka sungguhlah berahi namanya!” Maka kata
isteri Khoja Maimun, “Hikayatkanlah ingin sekali aku dengar dan aku ketahui hal
berahi itu!”.
(HKM, halaman
53)
2) Kekuatan
pengarang
Dalam HKM ini, pengarang ingin menggambarkan keadaan masyarakat yang pada zaman itu majoritinya mengendalikan aktiviti perdagangan. Pelayaran menjadi sebuah tradisi bagi orang Melayu. Selain itu juga, ia menggambarkan latar masyrakat yang berpegang teguh kepada agama Islam dimana norma-norma yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari adalah bersumberkan daripada agama Islam. Contohnya dapat dilihat melalui unsur-unsur Islam di dalam perbuatan watak dalam HKM iaitu:
Dalam HKM ini, pengarang ingin menggambarkan keadaan masyarakat yang pada zaman itu majoritinya mengendalikan aktiviti perdagangan. Pelayaran menjadi sebuah tradisi bagi orang Melayu. Selain itu juga, ia menggambarkan latar masyrakat yang berpegang teguh kepada agama Islam dimana norma-norma yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari adalah bersumberkan daripada agama Islam. Contohnya dapat dilihat melalui unsur-unsur Islam di dalam perbuatan watak dalam HKM iaitu:
Maka Ferhad pun
berdiri menantikan gajah itu serta ia membaca Bismillah
yang diajarkan oleh
orang tua itu. (HKM, halaman 58)
Selain itu, pengarang juga ingin menonjolkan tentang
kehidupan masyarakat yang berpegang teguh pada norma-norma hidup, terutama
norma agama. Disamping itu itu, kekuatan pengarang dalam menghasilkan HKM ini
adalah terletak kepada kebolehan pengarang yang dapat menggambarkan tentang
adat budaya pada masa lalu yang didominasikan oleh budaya perdagangan dan
pelayaran. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada kesilapan di dalam
hidup. Oleh itu, pengarang ingin menonjolkan kebolehan seorang isteri yang taat
dan setia kepada suaminya serta dapat menjaga harta dan kehormatannya ketika
ditinggalkan oleh suaminya. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kekuatan
pengarang adalah dapat menonjolkan kehidupan bangsa Melayu pada masa lampau
telah berpegang teguh pada norma agama, namun tetap ada yang melakukan
kesilapan atau melanggar norma masyarakat.
3) Motif kepengarangan
Berdasarkan
penelitian yang telah dilakukan, didapati jalinan cerita HKM mempunyai
kesinambungan yang tersusun. Ini secara jelas memperlihatkan kebijaksanaan
pengarang meletakkan data di tempat yang betul. Dengan hal demikian, plot yang
dikarang tidak terlompat-lompat kerana ianya diatur secara menarik. Justeru,
dalam HKM didapati
pelbagai cerita sisipan yang mampu wujud sendiri sebagai cerita berasingan
tetapi tetap tidak menyimpang daripada cerita pokok atau cerita dasar. Selain
itu, dapat dilihat pelbagai cerita sisipan yang ringkas dan menarik
dipersembahkan hingga dapat memenuhi peranannya sebagai wadah yang mampu
membawa apa sahaja amanat dan sebanyak mana pengajaran yang dikehendaki oleh
pengarang. Selain itu, sebahagian besar pengajaran yang dikemukakan dalam HKM
adalah berunsur didaktik dengan maksud memberi pedoman dan peringatan serta
bimbingan dalam berbagai aspek seperti moral, keagamaan, politik, rumah tangga
dan sebagainya kepada khalayak dan pembaca. Hal ini demikian kerana, HKM
dikarang bukan semata-mata memberi hiburan, malah turut berfungsi
menyampaikan mesej secara tersirat melalui hasil penilaian khalayak
terhadap teks yang dibaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan