JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI RETORIK
Jenis-jenis dan Ciri-ciri Retorik
Terdapat enam jenis ciri-ciri retorik yang akan dikupas
dalam bahagian ini. Keadaan ini dapat dilihat seperti huraian di bawah:
Pemerian
Kebiasaannya retorik jenis pemerian ini hadir ketika
penulis ingin melakukan penjelasan atau huraian berkaitan sesuatu idea. Retorik
ini bermatlamat untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada
pembaca atau pendengar. Di antara cirri-ciri pemerian ialah dilaksanakan secara
objektif, tepat dan jelas. Contohnya memberi gambaran secara realistic
berdasarkan fakta yang konkrit. Kedua, bahasa yang digunakan adalah jelas dan
tersusun. Struktur penulisannya juga mempunyai pendahuluan, huraian dan
kesimpulan dan yang ketiga teknik ini bersifat deskriptif dan informative.
Deskriptif bermaksud maklumat yang disampaikan secara huraian manakala
informative pula adalah maklumat yang disampaikan secara pemberitahuan.
Pemujukan
Retorik pemujukan atau pengaruhan lazimnya akan
melibatkan bahasa pujukan bagi mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain
agar mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Ciri-ciri retorik pemujukan
ialah menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan kehalusan
berbahasa. Hal ini bertujuan menarik khalayak berdasarkan pengaruh psikologi
dengan menyatakan kehebatan atau kebaikan Sesutu yang sedang diperkatakan. Kebiasaannya
kita temui retorik ini dalam pengiklanan.
Penerangan
Seterusnya ialah retorik penerangan. Retorik ini
berfungsi untuk memberi penjelasan berkenaan sesuatu perkara dengan lebih
terperinci dan tersusun misalnya dari satu langkah kepada langkah yang lain dan
dari satu bahagian kepada bahagian yang seterusnya.
Penceritaan
Retorik penceritaan atau boleh juga dikenali sebagai
naratif bermaksud bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk
penulisan mahu pun lisan. Di antara contoh retorik penceritaan dalam penulisan
ialah cerpen, novel, drama dan sebagainya.retorik penceritaan ini dapat
dikenalpasti apabila mempunyai pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan
peleraian. Selain itu, biasanya retorik ini menggunakan gaya bahasa imejan,
perlambangan, metafora, personafikasi dan banyak lagi.
Pendedahan
Definisi retorik pendedahan ialah bentuk retorik yang
mendedahkan, menampakkan sesuatu atau menunjukkan sesuatu perihal dengan jelas
dan terperinci. Matlamat retorik ini digunakan diantaranya ialah memberikan
idea atau maklumat kepada khlayak. Ciri-ciri retorik jenis ini ialah memberikan
takrifan, dihuraikan secara jelas dan diserta dengan perbandingan.
Penghujahan
Retorik yang terakhir ialah retorik jenis penghujahan.
Retorik penghujahan ini membawa maksud pemujukan rasional atau intelek.
Biasanya retorik jenis ini digunakan dalam perbahasan, perdebatan, pembicaraan,
forum dan penulisan akademik. Di antara cirri-ciri penghujahan ialah memerlukan
khalayak bersetuju dan yakin dengan pendapat yang dikemukakan serta haruslah
disokong dengan bukti yang konkrit dan jelas. Teknik penyampaian retorik jenis
ini terbahagi kepada dua iaitu secara deduksi dan induksi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan