Berasal dari daerah Ranir, Gujerat India
Keturunan campuran Arab-India.
Tarikh lahir tidak diketahui.
Pendidikan awal diterima di Ranir, kemudian ke Hadramaut dan Mekah.
Fasih bertutur dalam bahasa Melayu kerana pergaulannya dengan orang Melayu di Mekah.
Pertama
kali sampai ke Aceh pada tahun 1631 pada zaman pemerintahan Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam. Fahamannya Ahlul Sunnah kurang mendapat
sambutan ketika itu kerana pengaruh Wahdatul Wujud yang dipelopori oleh
Hamzah Fansuri sedang berkembang luas di Aceh.
Nuruddin
kembali ke Aceh pada tahun 1637 pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar
Thani. Fahamannya mula mendapat perhatian dan dilantik sebagai mufti.
Nuruddin kembali ke Ranir India pada tahun 1644 dan meninggal pada 1658.
SUMBANGAN KARYA
Syeikh
Nuruddin Al Raniri merupakan pengarang kitab-kitab agama yang
berfahaman Ahlul Sunnah yang bertujuan menolak aliran Wahdatul Wujud.
Nuruddin mengarang pelbagai bidang agama termasuk ilmu fikah, usuluddin, tasawuf, hadis dan lain-lain.
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 31 buah kitab antaranya termasuklah:
a. Bustan al Salatin
Sebuah
kitab Ketatanegaraan bertujuan sebagai panduan pemerintahan.
Mengandungi 7 bab dan beberapa fasal. Isinya membicarakan pelbagai
jenis ilmu seperti firasat dan perubatan. Turut membincangkan konsep
kejadian alam dan kisah nabi-nabi.
b. Siratul Mustaqim
Sebuah
kitab ilmu fikah yang membicarakan berbagai hukum Islam. Membicarakan
tentang ibadat dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan
lain-lain. Kitab ini juga turut membahaskan tentang hukum-hukum qurban,
berburu dan soal halal dan haram dalam makanan.
c. Akhbar Al Akhirat
Sebuah
kitab mengandungi hal-hal penciptaan Muhammad, Adam, maut, tanda-tanda
kiamat, syurga neraka dan lain-lain. Isi kitab adalah saduran daripada
kitab karangan Imam Al Ghazali.
d. Jawahir Al Ulum
Kitab
yang menghuraikan tentang fahaman sufi dan memuatkan
peraturan-peraturan ilmu. Ia juga merupakan sebuah kitab dalam bahasa
Melayu yang membahaskan falsafah mistik dengan mendalam.
e. Syifa Al Qulub
Sebuah kitab dalam bahasa Melayu yang membicarakan cara-cara berzikir kepada Allah s.w.t
f. Asrar Al Ihsan Fi Makrifat Ar Ruh Ar Rahman
Sebuah
kitab dalam bahasa Melayu dan Arab yang membahaskan tentang manusia
terutama roh, sifat, hakikat serta hubungan manusia dengan tuhan. Ia
turut mengandungi perdebatan tentang roh dengan Hamzah Fansuri.
g. Kitab Hillal Zil
Seperti
Tabyan Fi Makrifat, Syafaul Kulub dan Hujjatus Sidik. Merupakan kitab
yang mengandungi ajaran dan kepercayaan aliran ahlul sunnah yang ditulis
bertujuan menentang ajaran Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Al Sumaterani.
PERANAN DAN KEDUDUKAN.
Seorang
pengarang yang mahir dalam soal keagamaan dan juga merupakan seorang
guru agama yang berpengalaman luas dan berkebolehan dalam pelbagai
disiplin ilmu.
Seorang pengarang yang terkenal dalam bidang agama dan banyak menghasilkan buku-buku, kitab tasawuf, mistik dan sufi.
Seorang
ulama yang berpegang teguh pada aliran ahlul sunnah (Isnainiayah) dan
berusaha menentang aliran Wahdatul Wujud yang dianggap bertentangan
dengan ajaran Islam dan zindik.
Seorang
tokoh pentadbir yang dihormati dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar
Thani. Beliau pernah dilantik sebagai mufti dan sangat berpengaruh
kepada sultan. Nasihat dan pengaruh beliaulah menyebabkan hasil-hasil
karya Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Al Sumaterani telah diperintahkan
dibakar oleh Sultan Iskandar Thani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan